Acara #FreeFireGivesBack diteruskan ke Johor dan pelbagai lagi lokasi

Satu kempen dari Garena iaitu #FreeFireGivesBack sedang giat dijalankan, membawa banyak permainan karnival, perlawanan Battle Royale dan Clash Squad yang menarik, dan hadiah eksklusif dalam tempoh perayaan ini khas bagi pemain-pemain di Malaysia.

 

Kini, mereka bakal merancakkan lagi dengan siri acara offline yang akan diadakan di lima negeri:

Johor
19 April: Aeon Bukit Indah
20 April: Aeon Terbau
21 April: Paradigm Mall Johor Bahru

Penang
27 April: Gurney Plaza

Selangor
4 Mei: Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur
5 Mei: IOI Putrajaya

Sabah
25 Mei dan 26 Mei: Imago Shopping Mall

#FreeFireGivesBack akan tiba di Johor pada hujung minggu ini dari 19 hingga 21 April, di Aeon Bukit Indah, Aeon Terbau, dan Paradigm Mall Johor Bahru. Mereka yang berada di kawasan itu
dijemput turun untuk sertai acara dan bertemu juara Free Fire World Series Malaysia 2024 Spring, pasukan Expand!

Peserta yang bertuah juga akan dapat bekerjasama dengan — atau, menentang — ahli pasukan pro Free Fire terkemuka Malaysia dalam perlawanan Battle Royale dan Clash Squad yang mendebarkan.

Kemeriahan tidak berakhir di situ. Bagi setiap lapan acara yang tinggal, 20 pemain pertama (dengan Level minimum 25) yang hadir di setiap lokasi akan dijamin barangan eksklusif #FreeFireGivesBack. Ini adalah peluang untuk peminat dan pemain menambah beg tote Free Fire, baju-t, topi dan banyak lagi yang direka khas untuk koleksi mereka.

Sejak awal April, Free Fire Malaysia telah berjaya mengagihkan 450kg kurma kepada komunitinya. Buat pengetahuan, acara #FreeFireGivesBack yang pertama telah diadakan secara eksklusif di SMK Kampong Jawa di Selangor pada 4 April. Dua lagi acara kemudiannya telah diadakan, untuk membangkitkan semangat peminat dan pemain, di Sunway Pyramid dan AEON Kinta City di Perak, pada 6 April dan 14 April.

RELATED NEWS

+