Stormie adalah satu-satunya pemain dengan winrate 100% bermain Nana

Midlaner Selangor Red Giants, Hazziq Rizwan atau Stormie memegang rekod kemenangan 100% menggunakan hero Nana di Liga Profesional MLBB (MPL MY) musim ke-13.

Setakat minggu pertama dan kedua, Stormie memenangi kesemua tiga perlawanan ke atas Team Haq, HomeBois dan Todak menggunakan Nana. Dia memakai Valentina hanya sekali iaitu pada game pertama ke atas HomeBois.

Nana juga turut dimainkan pasukan Niners namun mereka tewas 0-2 dengan penggunaan hero itu.

Penggunaan Nana ini juga nampaknya sesuai dengan tank meta yang kini popular di MPL dan juga jungler assassin. Ia sesuai dengan kedua-dua strategi ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Persoalannya, adakah winstreak Stormie menggunakan Nana akan diteruskan pada minggu ketiga MPL MY atau RSG berjaya menamatkan kemenangan berterusan ini? Sama-sama kita nantikan.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+