Gamehubs dan MyGameOn
"> Gamehubs dan MyGameOn
" /> Gamehubs dan MyGameOn
" />

10 Atlet Esports Malaysia Meraih Pendapatan Lebih Daripada Atlet Sukan Negara

Artikel ini diterbitkan dari hasil kerjasama oleh Gamehubs dan MyGameOn

Kalau korang tergolong dalam orang yang fikir esports hanyalah untuk pemalas sahaja atau bukan suatu aktiviti setanding dengan sukan sebenar, saya nak nasihatkan korang teliti balik statement itu. Negara kita sebenarnya penuh dengan bakat-bakat pemain profesional. Jika korang tak percaya, negara Malaysia tercarta di nombor 21 antara negara yang mempunyai pendapatan esports paling tertinggi iaitu sebanyak USD$5.8 juta (RM23.6 juta) daripada 424 pemain profesional.

Ada di antara mereka yang berjaya menjadi pemain profesional sehinggakan mereka dapat mengaut keuntungan sebanyak RM3 juta sepanjang kerjaya esports mereka. Setelah membuat anggaran, pendapatan mereka ini agak sejajar dengan pendapatan atlet sukan negara kita seperti ratu skuash Datuk Nicol David (RM1.4 juta) dan pemain badminton no.1 dunia Datuk Lee Chong Wei (RM4 juta).

Berikut adalah 10 atlet esports yang menerima bayaran tertinggi di Malaysia dan mari kita lihat berapa banyak mereka memperoleh pendapatan sepanjang kerjaya mereka melalui wang terkumpul dari kemenangan pelbagai liga esports.

(Nota: Senarai ini berdasarkan daripada esportsearnings.com dan tidak mengambil kira gaji pemain, tajaan pemain dan pelbagai bayaran dari organisasi)

10. Lee “kYxY” Kong Yang

Jumlah wang terkumpul: RM515,384

Lee “kYxY” Kong Yang memulakan perjalanan Dota 2 secara profesional apabila dia menyertai pasukan MUFC pada umur 20 tahun. Karier profesional melonjak ke tahap lebih tinggi ketika dia menyertai pasukan Orange Esports pada tahun 2013 sebagai pemain utama bagi pasukan Orange Esports.

Pada tahun yang sama, kYxY mengaut keuntungannya paling besar iaitu kira-kira USD$65,609 (RM267,343) setelah bertanding dalam 10 acara esports termasuk tempat ketiga di The International 2013 bersama-sama Mushi, Ohaiyo, XtiNcT, and Net. Sekarang, dia bermain role Carry untuk pasukan TNC Tigers.

9. Lim “Net” Wai Pern

Jumlah wang terkumpul: RM623,374

Jika hendak dibandingkan perjalanan karier profesional Dota 2 antara kYxY dan Lim “Net” Wai Pern, mereka seperti berjalan dalam langkah yang sama. Kedua-dua mereka telah menyertai MUFC dan juga menyambut kemenangan mereka bersama di The International 2013 semasa mereka berdua adalah pemain untuk Orange Esports pada tahun 2013. Buat masa kini, Net main role Support untuk Battle Arena Elites. Pasukan mereka juga pernah masuk bertanding untuk The International 2018 tetapi sayang sekali tersungkur di peringkat kelayakan Asia Tenggara.

8. Kam “Moon”  Boon Seng

Jumlah wang terkumpul: RM827,935

Seng “Moon” Kam Boom atau dikenali sebagai “NaNa”pada permulaan kariernya sebagai ahli pasukan GeNySiS, Invasion Esports dan Sabun Warrior. Moon tiba ke kemuncak kerjaya esports ketika dia tiba di peringkat suku akhir di liga The Boston Major 2016. Kini, dia bermain untuk role Solo Middle bagi pasukan Mineski yang baru sahaja memenangi Dota 2 Asia Championships pada April lepas.

7. Yap “xNova” Jian Wei

Jumlah wang terkumpul: RM1,195,358

Memulakan karier Dota 2 secara profesional dalam usia muda 16 tahun,  Yap “xNova” Jian Wei mengorak langkah kanan dalam arena esports Dota 2 dengan menyertai Lowyat.Net Esports pada tahun 2015. Sejak dari itu, dia sudah berganding bahu bersama ramai atlet Dota 2 popular untuk pelbagai pasukan profesional seperti Who2Bet, Mineski, WarriorsGaming.Unity dan bermain seketika dengan Clutch Gaming.

Tambahan pula, dia meluaskan lagi karier esports ke China untuk sertai LGD Gaming iaitu pasukan pertama dari negara China memenangi  EPICENTER XL. Pasukan LGD Gaming adalah pasukan dijemput untuk pertandingan Dota 2 terbesar The International 2018. xNova bermain sebagai role Support untuk pasukan LGD Gaming.

6. Adam Erwann Shah “Adam” bin Akhtar Hussein

Jumlah wang terkumpul: RM1,486,246

Adam Erwann Shah “Adam” bin Akhtar Hussein atau lebih dikenali sebagai “343”yang pernah menggalas jawatan berbeza sebagai atlet esports dan jurulatih dalam arena kompetitif Dota 2. Dia memulakan perjalanan kerjaya profesional Dota 2 pada lewat tahun 2013 sebagai ahli pasukan Duskbin E-sports. Adam terus bekerja keras dengan menyertai pelbagai pasukan dari Asia Tenggara seperti Can’t Say Whips, Team 123 dan Team Tarin. Tahun 2016 merupakan antara tahun cemerlang bagi Adam kerana pasukannya, Fnatic merangkul tempat keempat di The International 2016. Hadiah tempat keempat bernilai USD$1.4 million (RM5.6 million) itu dikongsi bersama ahli-ahlinya, MidOne, Ohaiyo dan DJ.

Sejurus dari kejayaan itu, dia melebarkan sayapnya sebagai jurulatih untuk pasukan compLexity Gaming bagi peringkat Amerika Utara di The International 2017  pada tahun 2017. Bagaikan sirih pulang ke gagang, dia menyertai Fnatic semula sebagai jurulatih selama 2 tahun, menggantikan Ahmad “ADTR” Syazwan. Pada Mei tahun ini, dia meninggalkan Fnatic untuk menyambung kembali kariernya sebagai pemain mengawal role Support bagi compLexity Gaming.

5. Chong “Ohaiyo” Xin Khoo

Jumlah wang terkumpul: RM2,367,262

Chong “Ohaiyo” Xin Khoo merupakan antara pemain Dota 2 profesional disegani ramai dan dia memulakan kariernya di MUFC pada tahun 2012. Pada tahun 2013, dia tergolong dalam satu program akademi Orange Esports Dota 2 sebelum diserap masuk ke dalam pasukan Orange bagi menggantikan Mushi buat sementara waktu. Meskipun prestasi Orange tidak begitu memberangsangkan dalam liga-liga Dota 2 ketika  itu, Orange berjaya memecah dari kemelesetan berkenaan dengan memenangi tempat ketiga di The International 2013.

Tahun 2016 adalah tahun paling bermakna bagi Ohaiyo apabila dia mengaut sebanyak USD$392,328 (RM1,596,127), hasil dari kemenangan tempat keeempat di The International 2016 bersama Fnatic. Namun demikian, komuniti Dota 2 Malaysia digegarkan dengan berita Ohaiyo ditendang keluar dari Fnatic pada awal tahun ini lalu dia menyertai pasukan China LGD.Forever Young buat sementara waktu. Untuk masa sekarang, dia bermain role Offlaner bagi Battle Arena Elites.

4. Tue “Ah-fu” Soon Chuan

Jumlah wang terkumpul: RM2,404,748

Dari seorang amateur ke atlet esports bertaraf dunia, peralihannya daripada pasukan WarriorsGaming.Unity ke pasukan negara China LGD.Forever Young benar membuahkan hasil apabila pasukan LGD.Forever Young berjaya menang tempat ketiga di The International 2017. Dia bertukar menjadi jutawan segera bersama wang hadiah sebanyak USD$2.6 million (RM11.2 million) yang dikongsikan bersama ahli-ahli lain.

Selepas menyambut kemenangan gempak di The International 2017, Ah-fu tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berehat dari arena Dota 2 dan mahu terus berusaha untuk The International 2018 tetapi pasukannya kalah kepada Invictus Gaming semasa peringkat kelayakan China. Walaubagaimanapun, dia masih lagi mengasah kebolehannya bersama LGD.Forever sebagai role Support di China.

3. Wong “ChuaN” Hock Chuan

 

Jumlah wang terkumpul: RM3,017,875

Semuanya bermula pada tahun 2009 apabila Wong “ChuaN” Hock Chuan cuba bermain Dota dek kerana kecederaan yang mengakibatkan dia berhenti bermain bola keranjang. ChuaN ialah salah satu ikon atlet Dota dan Dota 2 yang sudah lama berkecimpung dalam arena pertandingan. Dengan karier esports yang sudah mencecah hampir satu dekad, dia pernah bermain Dota bersama dengan pasukan seperti Kingsurf dan Aeon. Kemudian, dia terbang ke China untuk menjadi atlet esports bagi pasukan Nirvana dan LGD serta pernah diserap ke Invictus Gaming bersama-sama ahli pasukan lain dari LGD.

Semasa dia menyertai Invictus Gaming, pasukannya menjadi salah satu pasukan paling digeruni di liga besar dan berprestij Dota 2. Ini terbukti apabila Invictus Gaming pernah menjuarai liga The International 2012. Oleh sebab itu, dia merupakan satu-satunya orang Malaysia ketika ini membawa pulang trofi kemenangan pada tahun 2012 bersama Invictus Gaming.

Pada tahun 2015, ChuaN pernah menyertai Newbee tetapi akhirnya mengambil masa berehat selepas Newbie berkongsi tempat nombor 9 ke nombor 12 di The International 2016. Walaupun menyepi dari bermain secara kompetitif bagi seketika waktu, dia masih lagi berada di tempat atas dalam carta pemain Dota 2 paling berjaya di Malaysia. Tahun ini, dia kembali bermain untuk pasukan Echo International sebagai kapten dan role Support.

2. Zheng “MidOne” Yeik Nai

Jumlah wang terkumpul: RM3,199,542

Meskipun Zheng “MidOne” Yeik Nai hanya memulakan karier profesional Dota 2 tiga tahun lalu, MidOne sudah digelar sebagai pemain Dota 2 utama di dunia selepas dia pernah mendapat kedudukan teratas berdasarkan match-making rating (MMR) iaitu sebanyak 9,155 dalam leaderboard Dota 2 untuk benua Eropah pada tahun lepas.

Ketika Fnatic membawa pulang tempat keempat di The International 2016, itu merupakan kemuncak utama dalam kariernya. Prestasinya yang mengagumkan berjaya meletakkan dia bersama pasukan dari Eropah, Team Secret. Penyertaan dia ke Team Secret menjadikannya sebagai atlet esports Malaysia pertama berpindah ke Eropah untuk bermain Dota 2 secara profesional.

Penglibatan MidOne sebagai role solo middle bersama Team Secret terbukti cemerlang. Team Secret meraih hadiah kemenangan tempat pertama USD$125,000 (RM30,641) untuk DreamLeague Season 9 dan juga dapat USD$120,000 (RM29,415) untuk tempat keempat bagi  China Dota2 Supermajor. Lebih-lebih lagi, Team Secret dijemput untuk bertanding di The International 2018 dan akan bertempur dengan 7 pasukan lain termasuk pasukan dari Asia Tenggara, Mineski.

1. Chai “Mushi” Yee Fung

Jumlah wang terkumpul: RM3,819,744

Berusia 28 tahun, Chai Yee Fung atau nama lain “Mushi” yang cukup terkenal dalam kalangan komuniti Dota 2 di Malaysia. Mushi ialah atlet esports paling berjaya di Malaysia setakat ini. Berasal dari Rawang, karier profesional Dota 2 bermula ketika dia menyertai pasukan Orange Esports pada tahun 2011.

Sepanjang penglibatannya dalam arena kompetitif Dota 2, penglibatan ke The International selalu berada dalam jangkauan Mushi apabila dia sudah bertanding dalam liga berprestij itu sebanyak tiga kali. Pengalaman pertama The International bagi Mushi adalah memenangi tempat ketiga bersama Orange Esports pada tahun 2013. Setahun kemudian, dia memenangi tempat keempat bersama Team DK pada tahun 2014. Mushi mengulang kembali kejayaan The International bersama Fnatic, membawa pulang hadiah USD$1.4 million (RM5.6 million) selepas mendapat tempat keempat di The International 2016.

Kini, Mushi ialah kapten dan juga mid player untuk Mineski yang juga dibarisi oleh atlet esports kelahiran Malaysia Kam “Moon” Boon Seng, dua atlet lain dari Asia Tenggara dan seorang atlet dari Amerika Syarikat. Antara 18 pasukan terbaik di dunia, Mineski merupakan salah satu pasukan dari Asia Tenggara yang terpilih untuk bertanding di The International 2018 yang tengah berlangsung sekarang di Canada.

Melalui senarai 10 atlet esports meraih pendapatan paling tinggi di Malaysia yang dinyatakan di atas, kami tidak dapat nafikan bahawa Malaysia penuh dengan atlet-atlet esports berbakat dan kompetitif yang akan sentiasa mengharumkan nama negara di persada antrabangsa. Selain bertanding secara profesional untuk Dota 2, Malaysia juga aktif bertanding untuk game kompetitif lain seperti League of Legends, FIFA 16, Pro Evolution Soccer (PES), Counter-Strike dan macam-macam lagi.

Sebagai contoh, KL Hunters ialah pasukan Malaysia pertama yang membawa pulang trofi kemenangan liga ASEAN League of Legends yang juga mendapat sokongan penuh dari YB Syed Saddiq semasa berada di Hyperplay Singapura. Tak lama lagi, dua atlet esports Malaysia akan bertanding dengan atlet-atlet esports dari negara serantau Asia dalam liga PES 2018 di Asian Games 2018 yang berlangsung di Indonesia bermula dari 26 Ogos sehingga 1 September. Nantikan liputan dan update liga-liga esports di Asian Games 2018 dari MyGameOn!

Untuk baca artikel penuh dalam versi bahasa Inggeris di Gamehubs, korang boleh klik di sini.

RELATED NEWS

+