10 Game Sesuai Untuk Dimainkan Ketika Hari Raya Aidilfitri

Berlalulah sudah Ramadan, sebulan berpuasa. Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira.

Bait lirik lagu Suasana di Hari Raya dan lagu-lagu raya lain berkumandang di mana-mana sahaja korang berada apabila Hari Raya Aidilfitri menjelang tidak lama lagi.

Untuk mereka dalam perjalanan balik kampung, mesti ada korang yang sudah sediakan konsol mudah alih Nintendo Switch dan telefon pintar. Ada juga yang sudah siap bungkus konsol PS4 atau Xbox One untuk bawa kembali ke kampung halaman atau lagi seronok, kampung pun sudah tersedia konsol-konsol itu.

Inilah 10 game seronok yang sesuai dimainkan ketika menjelang hari lebaran ini.

1. Mobile Legends 

Memang tidak dinafikan Mobile Legends antara game mobile MOBA yang popular dalam kalangan pemain Malaysia. Ia percuma dan mudah dimainkan melalui telefon pintar sahaja. 

Dalam Mobile Legends, pemain boleh pilih pelbagai jenis hero bersama 4 orang lain secara berpasukan untuk mengalahkan kubu musuh pasukan lain. Selain itu, terdapat banyak mod lain korang boleh cuba main bersama sanak saudara dan rakan-rakan korang. Pastikan skil korang, semangat kerjasama dan hubungan internet dalam keadaan terbaik semasa main Mobile Legends, ya.

Mobile Legends boleh dimuat turun di Android dan iOS.

Rekomen: Selain Mobile Legends, korang boleh cuba Arena of Valor, Brawl Stars, Onmyoji Arena, MARVEL Super War dan Vainglory.

2. Mak Cun’s Adventure

Mak Cun ialah usahawan berjaya di TV dan juga di telefon pintar korang. Mak Cun’s Adventure adalah sebuah game dibangunkan oleh Common Extract yang diinspirasikan oleh Diner Dash.

Sebagai usahawan, korang perlu memberikan servis terbaik untuk pelanggan dalam perniagaan menjual baju-baju tradisional atau menyediakan makanan-makanan kegemaran Malaysia seperti nasi lemak dan char kuey teow di restoren Mak Cun. Segala hasil jualan korang boleh gunakan untuk menaiktaraf peralatan dapur dan menghias kedai.

Mak Cun’s Adventure boleh didapati di Android dan iOS.

3. A Way Out

A Way Out adalah definisi sebenar game co-op kerana korang perlu main secara dua orang dan tak boleh main seorang sahaja! Lebih menarik lagi, kalau korang beli game ini, korang boleh hadiahkan A Way Out secara percuma untuk rakan korang.

Dalam A Way Out, dua pemain akan berjumpa dengan Leo dan Vincent dalam misi untuk larikan diri dari penjara dan kedua-dua karakter ini dalam perjalanan untuk menebus kesilapan kepada orang yang mereka sayangi. Korang memang akan harungi pelbagai cabaran seperti meniti titi di bawah jambatan gergasi sehinggalah main piano dan banjo bersama-sama.

A Way Out boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.

4. Overcooked 1 & 2

Overcooked 2

Overcooked merupakan game co-op yang boleh dimainkan sehingga 4 pemain secara online mahupun couch co-op. Objektif game ini mudah sahaja iaitu menyiapkan makanan dan berikan kepada pelanggan dalam satu tempoh masa seperti Diner Dash dan Mak Cun’s Adventure.

Namun, korang perlu berganding bahu antara pemain dan membahagikan tugas-tugas masing seperti ada orang ambil bahan betul dan selepas itu, ada orang tolong potong, cincang, goreng, panggang ataupun rebus secara teratur tanpa membakar dapur korang. 

Korang boleh main Overcooked 1 & 2 di PC, PS4, Xbox One dan Nintendo Switch.

5. Mario Kart 8 Deluxe

Mario Kart 8 Deluxe adalah game perlumbaan yang dibintangi oleh Mario dan karakter lain bersama tetamu-tetamu jemputan daripada game Nintendo lain seperti The Legend of Zelda, Kirby, Splatoon dan banyak lagi.

Korang boleh pilih pelbagai karakter untuk jadi pelumba dan ubahsuai kart berbeza CC yang menentukan kesusahan litar sebelum berlumba di pelbagai jenis lokasi. Semasa perlumbaan, korang boleh mengambil power-up yang membantu tingkatkan prestasi perlumbaan korang seperti power-up bintang yang membolehkan korang pecut dan lalu ke semua permukaan atau dengki baling sotong ke pelumba lain.

Mario Kart 8 Deluxe boleh dimainkan seramai 8 orang di Nintendo Switch.

6. LEGO The Incredibles

Kalau korang suka main game bersama-sama, korang kena perlu main game LEGO sekurang-kurangnya satu dalam hidup korang.

LEGO The Incredibles mengikuti perjalanan adiwira keluarga Parr yang terkenal dalam filem Disney Pixar The Incredibles. Game ini berlandaskan jalan cerita The Incredibles 1 & 2, jadi pastikan korang tonton kedua-dua filem itu terlebih dahulu kerana permainan ini bergantung kepada plot filem.

Korang boleh main dan bertukar-tukar ‘roh’ kepada kelima-lima Parr sekeluarga seperti Mr. Incredible, Elastigirl, Violet Parr, Dash, bayi Jack-Jack serta adiwira lain. Selain itu, korang boleh cipta dan ubahsuai karakter dengan kebolehan adiwira tersendiri. 

LEGO The Incredibles boleh dimainkan seramai 2 orang di PC, PS4, Xbox One dan Nintendo Switch.

Rekomen: Selain LEGO The Incredibles, korang boleh main game LEGO lain seperti LEGO Marvel Super Heroes 2, LEGO Jurassic World dan LEGO Star Wars: The Force Awakens.

7. PUBG Mobile

PlayerUnknown’s Battlegrounds semestinya antara game battle royale popular dalam kalangan pemain Malaysia. Korang boleh ajak tiga kawan atau saudara mara untuk bertempur dengan 100 pemain lain untuk mengejar gelaran winner winner chicken dinner!

Korang boleh bidik dalam kamera third-person mahupun first-person dan gunakan pelbagai jenis kenderaan untuk memudahkan korang cari senjata bagi mengalahkan musuh di 4 jenis peta berbeza.

Rekomen: Selain PUBG Mobile, korang boleh main PUBG di PC, Xbox One dan PS4. Untuk mobile pula, korang boleh cuba main Free Fire, Knives Out dan Fortnite.

8. Rocket League

Bayangkan satu game bola gabung dengan game perlumbaan kereta. Hasilnya adalah Rocket League!

Dalam Rocket League, korang boleh bentuk 4 orang dalam satu pasukan dan korang boleh pandu pelbagai jenis kereta untuk kejar serta tolak bola ke gaung gol pihak lawan. Terdapat juga boost kelajuan untuk pecut ‘tendang’ bola atau langgar kereta musuh. 

Rocket League boleh pecut laju di PC, PS4, Xbox One dan Nintendo Switch dengan sokongan cross-play.

9. FIFA 19/PES 2019

FIFA 19 dan PES 2019

FIFA dan Pro Evolution Soccer (PES) adalah dua francais besar dalam game simulasi bola ini. Kedua-dua game bola ini semestinya suatu kewajipan untuk dimainkan bersama-sama.

Korang boleh pilih pasukan bola kegemaran korang yang wujud di dunia sebenar dan lengkapkan pasukan oleh atlet bola terkenal seperti Lionel Messi, Christiano Ronaldo, Mohamed Salah dan ramai lagi. Apa yang paling penting, korang kena pandai gelecek bola dan strategi bernas untuk kalahkan lawan.

FIFA 19 boleh dimainkan di PC, PS4, PS3, Xbox One, Xbox 360 dan Nintendo Switch manakala PES 2019 dimainkan di PC, PS4, Xbox One, Android dan iOS

10. Borderlands: The Handsome Collection

Borderlands: The Handsome Collection adalah gabungan dua game berbentuk role-playing game (RPG) looter shooter dalam perspektif first-person shooter iaitu Borderlands 2 dan Borderlands: The Pre-Sequel.

Dalam Borderlands 2, korang boleh pilih pelbagai karakter dengan kuasa mereka tersendiri dalam misi untuk buru harta karun. Korang boleh kumpul berjuta-juta senjata dengan kekuatan tersendiri seperti shotgun yang boleh bercakap atau sniper yang keluarkan api. Borderlands: The Pre-Sequel juga gunakan konsep permainan sama tetapi berbeza jalan cerita yang lebih tertumpu kepada Handsome Jack, seorang antagonis dalam Borderlands 2.

Borderlands: The Handsome Collection boleh didapati di PC, PS4 dan Xbox One. Sepanjang bulan raya eh, bulan Jun, pelanggan PlayStation Plus boleh dapatkan game ini secara percuma.

Akhir kata, MyGameOn ingin mengucapkan Selamat Hari Raya bagi semua gamers! Semoga Hari Raya ini lebih ceria dan mengekalkan silaturrahim erat bersama sanak saudara dan rakan taulan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+