10 jam pertama Wild Rift Closed Beta, best ke?

Kod ulasan disediakan oleh Riot Games

Pada mulanya, penulis pun tak pernah terfikir yang League of Legends akan mempunyai versi peranti pintar tapi ternyata Riot Games melihat potensi pada platform itu jadi dengan itu terhasil lah Wild Rift.

Apabila diberi peluang untuk bermain dalam fasa beta tertutup, penulis rasa teruja kerana sejak dulu penulis sudah pun bermain League of Legends di PC selama lebih tiga tahun.

Jom ikuti ulasan penulis dalam masa 12 jam pertama bermain Wild Rift. Apa yang best sangat?

 

Antaramuka (UI) yang menarik dan polished

Tak dinafikan, yang pertama sekali menangkap perhatian penulis adalah antara muka ataupun interface permainan yang sangat interaktif dan polished. Saat berada dalam permainan, penulis disajikan dengan wallpaper yang animated, menampilkan champions yang terkenal dalam LoL.

Di sebelah kanan adalah senarai rakan yang mudah diakses dan butang ‘main’ dibesarkan. Nampak tab di bawah yang banyak-banyak tu? Ini yang penulis nak ulas satu per satu.

Di tab pertama, penulis boleh akses Store yang mana kita boleh beli champions ataupun kosmetik seperti skin. Setiap potret champion ini dihasilkan dengan teliti sama seperti versi di PC. Bagaimanapun, sebagai pengguna iOS, penulis tak diberikan pilihan untuk topup dan membeli skins. Hanya pengguna Android dibenarkan.

Anda boleh mendapatkan Blue Motes dengan menghabiskan perlawanan. Ia berbentuk seperti di atas (penulis ada 2,764 Blue Motes).

Di tab loadouts ini, pelbagai perubahan boleh dibuat untuk mengubah item champion ataupun menukar Runes dan Spells yang ingin digunakan. Seperti versi di PC, terdapat dua Spells boleh digunakan. Bagi Runes, anda boleh menukar jenis-jenis attribut tambahan dan setiap runes membekalkan kelebihan berbeza.

Sebagai contoh, ada runes yang menambah magic resist dan memberikan regeneration. Ia tak terlalu sukar untuk faham.

Di tab satu lagi adalah leaderboard yang mana anda akan lihat pemain mana yang paling hebat bermain champions tertentu mengikut rating.

Terdapat juga misi harian untuk diselesaikan yang akan memberikan Blue Motes dan ganjaran. Selain itu, menerusi Wild Rift Academy, sama seperti misi harian, anda akan menerima Blue Motes dan juga XP boost atau Team Boost untuk menaikkan XP. Ia akan memberikan skin, champion dan pose apabila anda berjaya graduate!

 

Sistem perlawanan lebih kompleks dan sedikit perlahan

Penulis boleh katakan sistem perlawanannya lebih kompleks berbanding mobile MOBA lain kerana pertama, terdapat empat set kuasa boleh digunakan jadi ini memberi ruang untuk anda rangka strategi dengan lebih menyeluruh. Penulis juga boleh gunakan dua spells berbeza dan butang recall untuk kembali ke kubu.

Yang menariknya, item tak boleh dibeli jika anda tak pulang ke kubu dan anda perlu last hit minion untuk dapatkan gold. Susah tak? sebenarnya tidak. Bagi penulis, selepas berjaya mendapatkan kill, penulis boleh balik ke kubu untuk heal dan terus membeli item.

Keadaan ketika di dalam lobi. Ada dua mod, Normal dan vs AI. Bagi Ranked, penulis perlu cecah level 10

Ini adalah loadout iaitu masa digunakan untuk membuat perubahan pada pemilihan skin, spells dan sebagainya.

Apa yang penulis rasa berbeza sangat bermain Wild Rift adalah disebabkan lima perkara:

  • Gameplay lebih perlahan – setiap pergerakan champion terasa perlahan tapi ia lebih kompetitif kerana banyak kuasa boleh digunakan untuk menangkap champion itu.
  • Terlalu banyak crowd control – setiap champion mempunyai CC yang akan mengganggu pemain dan sebagai jungler, perlu membuat percaturan betul untuk ke backline. Anda boleh bereksperimentasi untuk flank dan gank dengan betul. Sangat menarik!
  • Fog of War – seperti juga versi di PC, anda takkan dapat melihat peta yang gelap dan oleh itu, Ward dibekalkan kepada setiap champion untuk meletakkan di dalam semak dan kawasan penting. Ini membolehkan anda melihat dari mana musuh akan datang. Ward juga boleh diubah dengan trinket yang boleh melihat di mana kedudukan ward musuh dalam semak mengikut pergerakan karakter.
  • Ada peranan tersendiri – Dalam permainan ini, sukar untuk membuat meta sendiri kerana setiap champion mempunyai peranan tersendiri yang terhad mengikut lanes. Penulis terangkan lebih lanjut di bawah.
  • Baron Nashor dan Dragon – Terdapat dua makhluk besar boleh ditewaskan. Baron memberikan buff penting iaitu kecepatan recall dan penambahan damage kepada kesemua ahli pasukan jika dibunuh. Dragon pula mengikut jenisnya dan buff ini adalah permanent kepada pasukan yang membunuhnya.

 

Ada mage, jungler, support, baron lane dan adc

Seperti yang disaksikan dalam gambar di atas, penulis bermain Lux sebagai support dan harus bermain di lane bersama Jinx yang juga ADC ataupun marksman. Vi pula bermain sebagai jungler untuk dapatkan buff merah bagi membuat gank kepada musuh.

Ahri pula bermain mid sebagai mage dan boleh mendapatkan buff biru dengan pertolongan jungler. Dengan itu, Ahri akan menerima mana regen untuk terus stay di lane.

Master Yi juga sebenarnya boleh bermain di baron lane sekadar untuk mempertahankan lane dan menunggu jungler membantu gank.

Bagi penulis, ini memberikan ruang untuk setiap pemain menggunakan peranan dan memahaminya dengan betul. Tiada istilah support berdua di mid lane dan sebagainya seperti dalam Mobile Legends atau mobile MOBA lain.

Scoreboard untuk lihat item dan KDA

Secara keseluruhannya, bagi penulis, pemain baru perlu membiasakan diri dengan peranan dalam Wild Rift dan perlu memilih hero sesuai. Anda tidak boleh menggunakan meta permainan lain dimasukkan ke dalam wild rift.

Sebaik saja anda tahu peranan masing-masing, rangka strategi sendiri melalui penggunaan item sesuai, tempat meletakkan ward dan bagaimana untuk bermain jungler dengan betul.

RELATED NEWS

+