10 pengumuman besar ketika PlayStation 5 Showcase

Dalam pembentangan PlayStation 5 Showcase, bukan setakat tanda harga dan tarikh pelancaran konsol generasi baharu itu diumumkan tapi juga permainan video eksklusif untuk PS5 turut diumumkan. 

Baca lebih lanjut untuk permainan video dan maklumat mengenai PlayStation 5 di bawah:

 

PS5 tiba pada 19 November, harga bermula RM1,699

Sony akhirnya mendedahkan tanda harga dan tarikh pelancaran konsol PlayStation 5 (PS5) di pembentangan PlayStation 5 Showcase. Ia akan dilancarkan di seluruh dunia pada 19 November ini dan dijual pada harga AS$499 (sekitar RM2,099). Versi digital-sahaja pula akan dijual pada harga sekitar AS$399 (sekitar RM1,699).

Di akaun rasmi Twitter PlayStation, Sony juga berkongsi sedikit maklumat tentang pra-tempahan konsol tersebut. Pesanan pra-tempahan PS5 akan bermula hari ini melalui penjual rasmi terpilih.

 

Permainan dunia terbuka Harry Potter 

Hogwarts Legacy merupakan sebuah permainan role-playing game (RPG) dunia terbuka yang memberikan pemain peluang untuk menjadi seorang pelajar di sekolah sihir Hogwarts dalam dunia Harry Potter.

Menurut sinopsis permainan ini, watak utama yang dicipta dan dikawal oleh pemain ialah seorang pelajar Hogwarts yang mempunyai kebolehan luar biasa. Watak tersebut boleh menggunakan Ancient Magic dan pemain perlu membuat pilihan sama ada untuk menggunakan kuasa ini demi kebaikan atau kejahatan.

Hogwarts Legacy akan dilancarkan pada tahun depan untuk PC, PlayStation 5 (PS5), PlayStation 4 (PS4), Xbox Series X, dan Xbox One. Untuk maklumat lanjut mengenai permainan ini, anda boleh melayari laman web rasminya di sini.

 

God of War kembali 

Nampaknya sekuel God of War kini kembali, berjudul Ragnarok namun tak banyak info mengenainya didedahkan. Ia akan dilancarkan pada tahun depan.

 

Final Fantasy XVI (16) diumumkan untuk PS5 dan PC.

Nampaknya Square Enix membuat kejutan apabila mengumumkan pembangunan Final Fantasy XVI sedang dalam pembangunan. Dalam trailer dipertunjukkan, terdapat elemen FF seperti chocobos, kristal dan penggunaan magis. Bagaimanapun, ia lebih kepada tema fantasi zaman medieval.

Ia dijangka lancar pada tahun depan di PS5 dan PC.

 

PlayStation Plus bonus

Untuk pelanggan servis PlayStation Plus, mereka berpeluang untuk bermain permainan-permainan PS4 di PS5 dengan banyak. Ia akan dilancarkan pada November.

 

Lagi gameplay Miles Morales ditunjukkan

Kita sudah pun tahu yang Spider-Man akan menerima permainan video baharu iaitu versi Miles Morales tapi kali ini, gameplay tambahan dipertunjukkan untuk memberi gambaran bagaimana adiwira ini mempamerkan kemahirannya. 

 

Resident Evil Village

Adakah Las Plagas kembali? Itu yang penulis rasakan ketika menyaksikan trailer Resident Evil 8 atau Village. Ia mempunyai latar tempat perkampungan yang kurang akses teknologi, membawa vibe Resident Evil 4 kembali. Dengan RE Engine, nampaknya ia kelihatan lebih seram dan kali ini mungkin Capcom tak menampilkan musuh berbentuk zombi tapi lebih kepada serigala jadian. 

Berkemungkinan virus tersebut bermutasi. Ia akan hadir ke PS5 pada tahun depan.

 

Devil May Cry 5 edisi istimewa

Nampaknya permainan video aksi yang menjadi perbualan para gamers kini menerima special edition dari Capcom. Devil May Cry 5 Special Edition ini akan dilancarkan di PS5 sebagai judul pelancaran dan akan tersedia dalam bentuk digital.

 

Demon’s Souls Remaster, grafik sangat cantik

Penulis merasakan Demon’s Souls patut diberi perhatian di sini kerana Bluepoint Games memang sangat teliti dalam penghasilan permainan ini dalam bentuk grafik lebih cantik dan realistik. Terasa perlawanan dan pertempuran sangat mendebar kerana atmosfera yang dicipta dan latar tempat yang sangat realistik.

 

Five Nights At Freddy di PS5

Permainan seram ini akan menjadi judul baharu di PS5 dan akan dinamakan sebagai Security Breach.  Setakat ini, tiada tarikh pelancaran dimumkan.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+