10 Tahun Bersama Uncharted – Naughty Dog & Sony Sediakan Banyak Free Gift!

Siri Uncharted sudah lama bertapak dalam industri. Hasilnya, komuniti gamers sememangnya jatuh cinta dengan francais ini. Nathan Drake membawa kita semua kepada satu siri kembara yang seronok, mencabar dan penuh jalan cerita. 

Oleh itu, sempena 10 tahun kewujudannya dalam industri, Sony memberi satu kejutan kepada peminat untuk meraikan tarikh bersejarah ini.  Semalam (19 November), pihak Naughty Dog bukan saja meraikannya dengan video penuh nostalgia tapi juga berterima kasih kepada peminat yang tak henti memberi sokongan sejak awal lagi.

“Semalam menandakan ulang tahun ke-10 pelancaran Uncharted: Drake’s Fortune di Amerika Utara. Ketika itu, kami tahu pada awalnya ia akan membuka lembaran baru bagi studio kami, tapi tak pernah terjangka permulaan ini membawakan kepada penghasilan lima permainan video sepanjang hayat dua generasi konsol sedekad lalu. Kami sangat bertuah mempunyai peluang untuk mewujudkan dunia Uncharted dan memberitahu kisah menarik Nate, Elena, Sully, Sam, Chloe, Nadine dan kesemua watak; sementara anda semua, peminat kami, turut sama menyertai kembara bersejarah ini.” – Naughty Dog

Bukan nostalgia saja yang membuatkan sambutan ini istimewa di mata peminat. Sony dengan kerjasama Uncharted merasmikan tema PS4 sistem eksklusif sempena ulang tahun ke-10 begitu juga dengan avatar baru bagi peminat merasai detik manis menjadi pengikut setia francais ini. Anda boleh dapatkannya bermula hari ini hingga Rabu, 22 November. Gunakan keyword  “Uncharted 10th Anniversary Bundle” di PlayStation Store.

Bagi peminat Multiplayer, Naughty Dog menyediakan kostum bundle karakter ulang tahun ke-10 Uncharted yang menampilkan kostum klasik Nathan, Sully dan Elena bagi permainan Uncharted 4 dan Uncharted: The Lost Leagu.

Tidak cukup dengan itu, diskaun 50 peratus untuk Uncharted Point dan Relic berikan kepada peminat sehingga 19 Disember ini.

RELATED NEWS

+