12 Sebab Korang Kena Datang Kuantan City Mall Pada 26 Dan 27 Oktober Ini!

Kemeriahan Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (XPAXKEK) Semester 2 diteruskan lagi ke Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang pada Sabtu dan Ahad ini.

Acara e-sukan antara universiti ini bakal berlangsung pada 26 Oktober hingga 27 Oktober akan menyaksikan pertandingan sengit permainan e-sukan popular iaitu Mobile Legends dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG Mobile).

Selain pertandingan e-sukan, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang korang boleh sertai dan nikmati. Nak tahu apa yang menyeronokkan di XPAXKEK Semester 2 untuk Zon Timur? Jom baca 6 sebab korang memang kena berkunjung ke Kuantan City Mall pada hujung minggu ini!

 

1. Saksikan persembahan artis oleh Tuah Adzmi, Ara Johari, Indah Ruhaila, Hael Husaini dan Zack Zakwan

Selalu ke artis datang buat persembahan dekat universiti korang? Haa kali ini kami bawakan lima artis popular tahan air tau! Indah Ruhaila, Hael Husaini, Ara Johari, Tuah Adzmi dan Zack Zakwan akan gegarkan Kuantan City Mall pada hari Ahad nanti.

Kepada semua peminat, jangan lepaskan persembahan mereka di atas pentas XPAXKEK Zon Timur dalam sesi KEK Jam bermula pada pukul 6 petang pada hari Ahad.

 

2. Lawati booth Celcom Xpax untuk pelbagai aktiviti menarik

Memang banyak booth menarik korang boleh singgah di sana nanti tapi di Celcom Xpax, boleh main game percuma dan masuk pertandingan social media dengan mengambil gambar di photobooth dengan kereta berwarna ungu untuk menang sebuah PlayStation 4!

Belum bertukar ke Celcom XPAX lagi? Dapatkan kad sim XPAX Ultra Pass dan XP Lite dekat sana apabila korang mengunjungi booth Celcom Xpax.

 

 

3. Serlahkan bakat Counter-Strike: Global Offensive korang (CS:GO) dan menang hadiah laptop gaming Lenovo Legion.

Selain pertandingan Mobile Legends dan PUBG Mobile, serlahkan bakat terpendam dalam perlawanan CS:GO terbuka untuk semua pengunjung yang ditaja oleh Lenovo Legion di Experience Booth.

Dalam format 1 lawan 1 (1 vs 1), pemenang untuk hari pertama dan kedua bakal beradu tenaga untuk memenangi hadiah utama iaitu laptop Legion Y7000 manakala pemenang tempat kedua pula bakal membawa pulang monitor gaming Legion Y27q-20 WLED

Bukan itu saja, Lenovo juga ada Legion Battlecruiser untuk korang boleh cuba dua laptop gaming terbaru iaitu Lenovo Legion Y545 dan Lenovo Legion Y7000.

Artikel berkaitan: Lenovo Legion Battlecruiser jelajah seluruh Malaysia

 

4. Tonton perlawanan Mobile Legends dan PUBG Mobile

Untuk Zon Utara, kita telah menyaksikan pasukan Proxy Alliance daripada Universiti Sains Malaysia (USM) menjuarai pertandingan Mobile Legends manakala pasukan UniMAP Elementus daripada Universiti Malaysia Perlis mendapat tempat pertama untuk PUBG Mobile di USM Penang pada 13 Oktober lepas.

Pasukan Zon Timur manakah yang bakal mengharumkan nama universiti untuk pertandingan dua game e-sukan popular ini pada Sabtu dan Ahad ini?

Berikanlah sokongan padu kepada pasukan-pasukan yang mara ke XPAXKEK Zon Timur di Kuantan City Mall nanti!

 

5. Temui pengulas Mobile Legends terkenal, Ikuto dan SparTankeR

Pengulas yang memang dikenali dalam kalangan peminat Mobile Legends akan berganding bahu untuk bawakan ulasan mantap berdasarkan pertarungan sengit antara pasukan universiti-universiti di zon Tengah ini.

Jangan lupa berkunjung ke Kuantan City Mall untuk bertemu dan beramah mesra bersama mereka berdua ini!

 

6. Menang cabutan bertuah dari Lenovo Legion dan Lazada Malaysia

Acara besar sebegini tak lengkap tanpa pengunjung membawa pulang hadiah menarik melalui cabutan bertuah! Ada hadiah lumayan khas dari Lenovo dan barangan lain dari realme seperti baju eksklusif, botol air dan sarung borol. Juga ada tetikus dan gaming headset Rapoo ditaja Lazada (bernilai sehingga RM2,500) sepanjang dua hari ini.

Kalau korang datang pada hari Sabtu dan tunggu sehingga ke akhir acara, korang berpeluang untuk memenangi hadiah Grand Lucky Draw. Nak tahu apa hadiahnya? Jom ajak kawan-kawan korang untuk datang sekali ke Kuantan City Mall pada hujung minggu ini!

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk membawa pulang 1 set monitor Lenovo L22e-20 21.5 inci LED Backlit LCD bersama PC IdeaCentre 510.

 

7. Giveaway sebuah telefon pintar realme 5 Pro!

Ini lah masanya untuk menang sebuah telefon pintar!

Nota: realme 5 Pro antara telefon pintar mid-range yang sesuai untuk gamers! Ia mempunyai cip pemprosesan Snapdragon 712 AIE yang 10% lebih lancar berbanding produk terdahulu dan boleh mainkan kesemua permainan dengan grafik tinggi dengan lancar.

Ia juga dilengkapi 48MP Quad Camera dengan lensa ultra-wide-angle, portrait, ultra-macro, belakang dan lensa AI depan. Ia juga hadir dengan RAM 8GB dan storan sebanyak 128GB. Menariknya, ia juga mempunyai bateri dengan kapasiti 4,035mAh, pengecasan pantas 3.0 (20W) dan port USB-C.

Artikel berkaitan: realme 5 dan realme 5 Pro dilancarkan di Malaysia

 

8. Ketahui lebih tentang industri gaming dan e-sukan

Industri gaming dan e-sukan ternyata semakin berkembang di Malaysia. Kalau korang nak tahu lebih terperinci tentang industri yang semakin rancak di negara kita, korang boleh dengar perbincangan dan pendapat tentang gaming dan e-sukan khususnya di Pantai Timur melalui Sembang Gamers.

 

9. Sertai pertandingan swafoto Rohto dan menang hadiah!

Jangan lupa untuk sertai selfie contest dari Rohto untuk menang hadiah wang tunai! Mudah saja, korang hanya perlu tangkap gambar di photobooth bersama Rohto Cool Eye Drops!

Selain tu, korang nak tahu tak.. korang boleh gunakan Rohto Cool Eye Drops ini untuk segarkan kembali mata! Ia mempunyai formula untuk menyejuk dan melembapkan mata dan menjadikan pandangan anda lebih jelas. Gunakan sebanyak 1 hingga 2 titik, 5 hingga 6 kali sehari.

Bila nak guna? Apabila korang terlalu lama hadap skrin di komputer atau peranti pintar, ia menjadikan mata kelihatan letih dan kering. Penggunaan Eye Drops ini mampu mengembalikan kelembapan mata apabila dimasuki debu dan habuk. Ia juga boleh digunakan apabila mata korang rasa tak selesa kerana penggunaan contact lenses ataupun ketika pemandangan menjadi kabur.

Dapatkan ia di farmasi berdekatan ataupun beli di Caring Online untuk dapatkan diskaun RM2 dengan promo: ROHTORM2

 

10. Jangan lupa kunjungi booth Fitlion!

Datang ke booth Fitlion untuk tebus baucar RM30 dengan mendaftar sebagai ahli di laman web Fitlion! Selain itu, ada simulator perlumbaan dan korang boleh main game di PlayStation 4 dengan percuma! Fitlion juga mempamerkan produk kesihatan atau supplement seperti whey protein bar selain minuman percuma.

Bukan untuk yang badan sado je tau, semua boleh singgah!

 

11. Menangi Honda Jazz Hybrid, dapatkan kod rahsia! 

 

12. Main game santai-santai dan bawa pulang hadiah!

Siapa kata main game ini membuang masa? Korang boleh relaks dan santai sambil bermain game seperti dalam Beat Saber, Taiko no Tsujin, F1 dan banyak lagi dalam KEK Trial dan berpeluang untuk memenangi hadiah barangan menarik dari Lazada. 

XPAXKEK Semester 2 dicetuskan secara eksklusif oleh Celcom XPAX, diaktifkan oleh Legion by Lenovo, Realme Malaysia, Malindo Airways, Honda Malaysia, Rohto Mentholatum, Lazada, Fitlion, Royale Chulan Hotel, Honda Malaysia & OYO Hotels dan disokong oleh MDEC, Mobile Legends E-Project, KBS & ESM.

Untuk maklumat lanjut tentang Celcom XPAXKEK Semester 2, layari laman sesawang utama di sini dan ikuti perkembangan acara ini melalui FacebookTwitter dan Instagram. Saksikan siaran langsung perlawanan Mobile Legends di setiap zon di Facebook kami.

Foto: IG @haelhusaini 

RELATED NEWS

+