16 Pasukan COD Mobile Berentap Di Kejohanan ESL Malaysia Esok

Garena Call of Duty Mobile memperoleh rentak yang rancak dalam arena e-sukan tanah air baru-baru ini. Kejohanan ESL Malaysia dianjurkan untuk mencari pasukan manakah yang akan berlawan di Garena Invitational di Bangkok, Thailand nanti.

Sekarang, 16 pasukan sudah ditemukan dan mereka akan bertarung berhabis-habisan selama empat hari iaitu pada 22 & 29 Februari dan 7 & 8 Mac untuk mencari empat yang terbaik akan ke final selain merebut hadiah wang tunai terkumpul RM40,000.

Di final nanti, hanya satu pasukan iaitu juara Kejohanan ESL Malaysia akan layak ke Garena Invitational membawa harapan negara.

Seperti yang anda saksikan dalam jadual di atas, ini adalah pertarungan pertama dari empat hari tersebut. Acara ini akan dianjurkan secara dalam talian dan boleh disaksikan di Facebook rasmi Garena Call of Duty Mobile.

Senarai pasukan menyertai:

  • 21 Huntsmen
  • DAC 4
  • MEA Esports
  • WIB. Brotherhood
  • Glorious Mavens
  • Axis Esports
  • Ghostfame Alpha
  • Mysterious
  • RV Hope
  • Victorious VIP
  • Divinity MY
  • Rendesvouz
  • Rampage
  • Tiberr Gaming
  • The Doctor
  • Voltrex

Jangan lupa saksikan penstriman langsung bermula jam 11 pagi dan perlawanan terakhir pada jam 6 petang.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+