17 Wakil Malaysia Akan Bertanding di Final WESG APAC Pada Januari Depan – Tahniah Diucapkan!

Seramai 17 pemain e-sukan akan membawa nama negara untuk bertanding di peringkat akhir World Electronic Sports Games Asia Pacific (WESG APAC) pada 11 hingga 14 Januari ini di China selepas memenangi pusingan kelayakan WESG Malaysia Qualifier 2017.

Lai Jay Son atau lebih dikenali sebagai Ah Jit yang mewakili Team Fire Dragoon Dota 2 sangat berbesar hati untuk bertanding di luar negara. 

AHJIT. FOTO: Orange Esports

“Saya tahu pertandingan menjadi makin sukar daripada saat ini tapi saya akan buat yang terbaik untuk keluarga, kawan-kawan dan peminat yang tak henti memberi sokongan. Ini semua untuk anda!,” 

Sementara itu, pemain yang terkenal dalam scene Starcraft 2 Malaysia, Yap Kien Khun atau dikenali sebagai Ranger sangat gembira dapat mewakili negara di WESG APAC pada Januari.

YAP Kien Khun muncul juara kategori Starcraft 2. FOTO: Orange Esports

“Sebelum tibanya pusingan kelayakan ini, saya berlatih dan mengkaji strategi pihak lawak selama 12 jam setiap hari untuk sebulan,”

Yap menambah, perkara pertama yang akan dibuat olehnya sebaik sampai ke China ialah mencuba local street food.

Pengurus Penganjuran Acara Orange Esports, Rayson Wong pula berkata, pusingan kelayakan WESG Malaysia tahun ini mendapat sambutan yang baik dari serata Malaysia.

“Ramai pemain dari latar belakang berlainan malah ada yang hadir dari Johor semata untuk bertanding dengan pemain di Kuala Lumpur,”

Katanya, jika pemain ingin beraksi di tahap tertinggi, mereka perlu menjadi lebih berdisiplin dan bersedia dari segi mental untuk komited dalam sesi latihan yang sangat panjang.

Sebanyak 4 game dipertandingkan ketika pusingan kelayakan WESG Malaysia 2017. Bermula dengan Dota 2 diikuti dengan CS:GO, Starcraft 2 dan Hearthstone.

FIRE Dragoon CS:GO muncul juara. FOTO: Orange Esports

JUARA dan naib juara kategori Hearthstone. FOTO: Orange Esports

Ia diadakan dari 18 November hinggalah 3 Disember dan menarik kira-kira 600 penyertaan pemain e-sukan di seluruh negara dalam kedua-dua platform offline serta online.

Kejohanan itu dianjurkan oleh Alisports dan Orange Esports dengan kolaborasi bersama YuuGames. Acara ini ditaja oleh Logitech dan Coca-Cola.

RELATED NEWS

+