5 Ibu Yang Memang Terbaik Dalam Video Game! Selamat Hari Ibu!

Ibu, insan yang paling berharga dalam kehidupan setiap individu termasuklah kita, para gamers sekalian. Mungkin Hari Ibu adalah satu tarikh khusus bagi sesetengah orang menyampaikan kasih sayang kepada ibu dengan memberikan hadiah dan sebagainya. Semuanya sebagai satu tanda kita sangat menghargai insan yang mengandungkan kita ini dan ingin membalas jasanya. Surprise! Itu frasa yang diungkap oleh anak apabila memberi kejutan kepada ibunya.

Dalam permainan video pula, rasanya kehadiran atau kewujudan ibu yang baik sebenarnya susah ditemukan. Bukan apa, selalunya ibu yang baik akan mengalami pengakhiran tidak baik dan kewujudannya hanya dianggap sebagai pemangkin semangat kepada anaknya. Jasad mereka mungkin sudah tiada tapi roh atau spirit mereka sentiasa menemani protagonis untuk lebih kuat. Tapi sebenarnya, pengorbanan mereka sangat besar (hidup ataupun tidak) dalam permainan video dan seterusnya memberikan impak kepada protagonis sehingga tamat penceritaan. Nak tahu siapa? Jom lah ikuti artikel penulis!

Clementine, The Walking Dead Game

Okay, nak kata betul-betul ibu pun bukan tapi Clementine mempunyai sifat keibuan yang luar biasa pada usianya. Ketika musim kedua The Walking Dead Game, dia menjadi salah seorang penjaga bayi bernama AJ yang kehilangan ibu kandung. Pada akhir musim ketiga, kita mendapati Clem menjaga anak angkatnya dengan sendiri.

Ketika dalam satu perbualan yang agak awkward dalam episod 4 yang dia mangakui perasaan menjadi seorang ibu. Kita nampak Clementine melalui beberapa situasi berbahaya untuk melindungi AJ dan mendapatkan bantuan perubatan untuknya. Kita menyaksikan dia menjerit dan menangis apabila AJ dirampas darinya. Dedikasi dan keterbukaannya untuk menempuhi jalan sukar adalah sangat dicontohi.

Freya, God of War

Tak dinafikan, Goddess yang menyamar sebagai ahli sihir ini sebenarnya mempunyai permasalahan dalam keputusan untuk anaknya, Baldur. Bagi sesiapa yang mengikuti kembara Kratos dan Atreus dalam judul terbaru ini, mesti korang akan perasan ilusi yang dilihat oleh Baldur, menceritakan mengapa Freya memberikannya immune kepada fizikal, magis dan sebagainya sampaikan deria lain seperti makan dan minum juga terpaksa dikorbankan.

Dia hanya berbuat demikian kerana mendapat ramalan masa depan bahawa Baldur akan mati dan dia berjanji untuk buat apa saja bagi menyelamatkan anaknya. Tapi tentunya, sumpahan Freya ini dilihat sebaliknya oleh Baldur kerana anak Odin itu merasakan hidupnya tak bermakna kerana hilang deria rasa. Ini juga menunjukkan Freya seorang ibu yang mengongkong tapi hanya inginkan terbaik untuk anaknya.

Pada akhirnya, Freya hampir dibunuh oleh Baldur tapi dihalang oleh Kratos dan Mistletoe, satu-satunya bahan yang membuang immunity kepada Baldur berjaya membuatkan Kratos membunuh anaknya itu. 

Myra, The Evil Within 2

Tak banyak yang diketahui tentang personaliti antagonis dalam The Evil Within 2 ini. Eh antagonis? Ya, Myra mempunyai alter ego dalam STEM dan sangat powerful dengan memiliki kuasa ais tapi menunjukkan sisi sebenarnya pada akhir permainan. Isteri kepada protagonis Sebastian Castellanos ini sangat penyayang dan mempunyai keyakinan kepada anaknya yang hilang.

Buktinya, walaupun berita mengenai anaknya yang mati dalam insiden tragis kebakaran, dia sebagai seorang detektif pergi menyiasat kebenaran itu walaupun sering dihalang suaminya dan insan sekeliling. Tapi ini membuatkan organisasi lain mengambil kesempatan untuk mengawal mindanya dan seterusnya membawanya ke dalam STEM.

Tapi akhirnya, Myra hanya inginkan yang terbaik termasuk menyelamatkan anaknya dari Sebastian ketika dalam STEM kerana naluri seorang ibu yang ingin melindungi seorang anak. 

Tess, The Last of Us

Walaupun Tess bukanlah berstatus ibu, tapi sifat keibuannya sangat kuat dan dipamerkan dengan bijak dalam The Last of Us, permainan video popular yang mengetengahkan elemen survival dan apokalips zombi. Tess adalah rakan smuggler Joel, juga protagonis dalam siri itu. Dari awal permainan, kita boleh lihat sisi Tess sebagai seorang yang straightforward dan akan berbuat apa saja untuk survive termasuklah menyeludup senjata.

Tapi apabila berjumpa dengan Ellie, pendiriannya dicabar dengan begitu hebat. Sama ada untuk pentingkan diri dengan membawa balik senjata daripada Marlene, ataupun seludup Ellie ke Fireflies demi menyelamatkan dunia. Tess memilih pilihan yang kedua dan mempunyai sifat sabar dan yakin yang kuat untuk berdepan Runners dan Clickers untuk selamatkan Ellie. Pada akhirnya, dia digigit dan terpaksa ditinggalkan untuk melengahkan masa bagi Joel dan Ellie melarikan diri dari pihak berkuasa. Namun, pengorbanan Tess adalah sangat berharga dan penggerak plot yang kuat untuk The Last of Us.

Matriarch Benezia, Mass Effect

Dalam permainan Mass Effect, ia agak manipulative apabila Matriarch Benezia, ibu kepada Liara ditonjolkan sebagai seorang ibu dan juga ketua yang berkeinginan tinggi. Kita boleh melihat dia cuba mengawal seorang lelaki yang berkuasa tapi menjadi korup kerana kuasa mengawal minda.

Dia akhirnya dibunuh tapi ini bermakna saat paling bermakna dalam game itu juga berjaya direkodkan iaitu momen ketika kematiannya, Benezia sempat memberitahu Liara bahawa kasih sayang padanya tidak pernah berkurang dan dia berbangga dengan anaknya itu.

Nota editor: Kepada semua gamers, walaupun ia setakat permainan video, sedikit sebanyak kita boleh ambil iktibar tentang pengorbanan ibu. Boleh dikatakan kesemua wanita tabah ini sanggup berbuat apa saja untuk selamatkan anak mereka ataupun mereka yang dianggap seperti anak sendiri. Akhir kata, Selamat Hari Ibu!

RELATED NEWS

+