5 Permainan Video Paling Best Keluaran Bulan Mac 2020

Setakat ini 2020 merupakan sebuah tahun yang sangat menyakitkan dengan pelbagai isu seperti wabak COVID-19, kemelut politik tempatan, dan macam-macam lagi.

Mujurlah bulan Mac sudah tiba, maka akan bermula musim keluaran permainan video yang sangat mengujakan. Berikut adalah 5 permainan video yang dinanti-nantikan penggemar pemain video seluruh dunia:

 

1. My Hero: One’s Justice 2

Tarikh pelancaran: 13 Mac 2020

Platform: PC, PlayStation 4 (PS4), Nintendo Switch, dan Xbox One

Baru-baru ini kita disajikan dengan permainan video perlawanan One Punch Man iaitu One Punch Man: A Hero Nobody Knows. Tak lama lagi, sekuel kepada My Hero: One’s Justice pula akan dilancarkan!

Cara permainan My Hero: One’s Justice 2 lebih kurang sama dengan permainan video yang sebelumnya tetapi terdapat beberapa penambahbaikan.

Apa yang menarik tentang permainan ini ialah ia juga mempunyai mod permainan “Villain’s Story” di mana anda akan bermain sebagai watak-watak antagonis dalam siri My Hero Academia.

 

2. Nioh 2

Tarikh pelancaran: 13 Mac 2020

Platform: PS4

Dikategorikan sebagai permainan video masocore (masochist + hardcore), Nioh 2 akan pastikan pemain akan mati banyak kali walaupun berdepan dengan musuh biasa.

Dari segi jalan cerita, ia merupakan sebuah prekuel kepada Nioh pertama. Pemain akan mencipta watak sendiri dan akan bertemu dengan beberapa individu terkenal dari zaman Sengoku seperti Oda Nobunaga dan Maeda Toshiie.

Cara permainan Nioh 2 mirip permainan video susah yang lain seperti Dark Souls dan Bloodborne tetapi terdapat beberapa aspek istimewa seperti kebolehan untuk berubah menjadi yokai (hantu atau raksasa).

 

3. DOOM Eternal

Tarikh pelancaran: 20 Mac 2020

Platform: PC, PS4, dan Xbox One

Bagi peminat permainan video first-person shooter, siri DOOM semestinya sangat diminati. Untuk tahun ini, sekuel kepada DOOM (2016) akhirnya akan dilancarkan.

Cara permainan DOOM tidak pernah berubah. Anda akan bermain sebagai Doomguy dan tugasan anda adalah untuk menggunakan apa sahaja senjata dan kebolehan untuk membunuh raksasa dan syaitan yang keluar dari neraka.

 

4. One Piece: Pirate Warriors 4

Tarikh pelancaran: 27 Mac 2020

Platform: PC, PS4, Nintendo Switch, dan Xbox One

Para peminat One Piece semestinya teruja untuk main One Piece: Pirate Warriors 4. Ia merupakan permainan video terbaru yang diadaptasikan dari manga One Piece.

Jalan cerita untuk One Piece: Pirate Warriors 4 akan membenarkan pemain untuk bermula dari permulaan manga One Piece sehingga sekitar babak Wano Country.

Terdapat lebih daripada 30 watak yang boleh dimain dan juga terdapat mod permainan multi-pemain untuk empat pemain sekaligus.

 

5. Persona 5 Royal

Tarikh pelancaran: 31 Mac 2020

Platform: PS4

Persona 5 pada asalnya dilancarkan pada tahun 2016. Persona 5 Royal pula merupakan versi baharu yang mengandungi pelbagai jenis kemaskini yang menambahkan lagi kandungan menarik ke dalamnya.

Bagi mereka yang terlepas peluang untuk main Persona 5 sebelum ini, ini adalah peluang terbaik untuk menikmati Persona 5 kerana versi ini versi yang lengkap.

Anda akan menikmati segala perkara yang menyeronokkan dalam Persona 5 tambah dengan watak-watak baru, penambahbaikan cara permainan dan banyak lagi.

Peminat Persona 5 yang masih mencari permainan video Japanese role-playing game (JRPG) juga patut mencubanya.

Selain daripada 5 judul di atas, terdapat banyak lagi permainan video menarik yang akan dilancarkan pada bulan ini seperti:

  • Pokemon Mystery Dungeon: Rescue Team DX – 6 Mac 2020 – Nintendo Switch
  • Animal Crossing: New Horizons – 20 Mac 2020 – Nintendo Switch
  • Half-Life: Alyx – 23 Mac 2020 – PC (VR)

Kepada anda yang berminat terhadap mana-mana permainan video di atas, anda patut mula simpan duit dan bersedia untuk mengunci diri dalam bilik!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+