5 Sebab Kenapa Samsung Galaxy S10+ Beri Pengalaman Gaming Paling Best

Telefon pintar sekarang bukan sahaja terhad kepada menjawab panggilan dan membalas mesej sahaja. Malah, telefon pintar zaman kini telah meliputi pelbagai kegunaan mengikut kesesuaian gaya hidup semua orang dari seorang usahawan, pelajar dan juga kepada pemain yang gemar bermain game di mobile.

Telefon pintar terbaru, Samsung Galaxy S10+ menampilkan paparan dinamik, kamera pelbagai fungsi dan pretasi berinovasif yang meletakkan taraf Galaxy S10+ ke aras kualiti tinggi.

Dengan meletakkan sasaran tinggi untuk pemain game mobile, spesifikasi telefon pintar ini sesuai untuk pengalaman permainan mobile yang menyeronokkan dan selesa. Berikut adalah sebab-sebab kenapa Samsung Galaxy S10+ memberikan pengalaman gaming yang gempak.

1. Permainan lancar tanpa lag

Semasa bermain PUBG Mobile dan Mobile Legends, setiap keputusan dengan sekelip mata boleh menentukan menang atau kalah sesuatu perlawanan. 

Samsung Galaxy S10+ dibina dengan 12GB RAM dan pemproses generasi baru yang menaikkan prestasi CPU sehingga 29 peratus dan GPU sehingga 37 peratus. 

Prestasi pemprosesan telefon perlulah menampung game grafik tinggi seperti game perlumbaan kereta, Asphalt 9: Legends tanpa memperlahankan game ataupun menyebabkan FPS (frames per second) jatuh secara mendadak. 

Oleh itu, korang pasti tidak akan terlepas pergerakan musuh yang mendadak dan membidik dengan lebih tepat melalui sistem pemprosesan efisien.

2. Telefon ‘pintar’ ikut pretasi gaming pemain

Samsung Galaxy S10+ juga ada ciri Smart Performance Adjuster yang menggunakan AI (artificial intelligence) yang mana menjejaki rentak gaming korang dan menyesuaikan mengikut prestasi korang tersendiri.

Keseimbangan prestasi sistem GPU dan CPU membantu Galaxy S10+ untuk mengendalikan bermacam-macam jenis game mobile termasuk 64-bit yang mampu proses aplikasi dan game korang lebih lama dan lancar. Peranti 64-bit mengurangkan aliran bateri dan pengurusan pengeluaran haba ketika bermain game bergrafik tinggi seperti Fortnite dan pelbagai game 64-bit lain.

Tambahan pula, hampir separuh daripada game mobile di pasaran sekarang dibangunkan menggunakan enjin game Unity. Galaxy S10+ merupakan antara telefon pintar terawal yang memoptimumkan dengan sokongan Adaptive Performance untuk Unity.

Sokongan ini bermakna korang boleh nikmati jangka hayat bateri telefon pintar yang lama dan prestasi lancar serta laju tanpa berdepan risiko telefon pintar jadi overheating.

3. Telefon pintar sentiasa ‘cool’

Untuk memastikan semua perkakasan dan perisian dioptimum untuk pretasi gaming menakjubkan, sistem penyejukan Vapor Chamber mampu mengekalkan Galaxy S10+ sentiasa sejuk ketika sesi gaming dalam tempoh lama.

Teknologi ini juga mempertingkatkan keberkesanan GPU yang mana menyebabkan game 3D lebih lancar dan mendalam sama ada korang tengah tawan base dalam Mobile Legends atau bersaing dengan kereta lain di atas jalan raya dalam Asphalt 9.

4. Visual dan bunyi mantap

Paparan skrin Galaxy S10+ berukuran 6.4 inci yang beresolusi tinggi mempamerkan paparan permainan lebih luas dan membiarkan korang seolah-olah berada dalam game berkenaan. Skrin luas ini juga memberikan keselesaan mata kepada mereka yang gemar bermain untuk jangka masa yang lama.

Selain itu, aspek audio tidak diketepikan oleh Samsung kerana Galaxy S10+ adalah satu-satunya telefon yang mempunyai teknologi Dolby Atmos dicipta khas untuk gaming yang diciptakan khas untuk menangkap suara-suara kemenangan yang padu. 

Korang juga boleh ubahsuai setiap perinci bunyi melalui menu Dolby Atmos for Gaming dari muzik latar belakang ke bunyi efek di dalam game untuk memberikan pengalaman game yang sedap didengari telinga tersendiri. 

5. Akses pelbagai fungsi semudah satu butang

Dengan lebih daripada 30,000 game dan banyak lagi, semua telefon di bawah barisan Galaxy S10 mempunyai aplikasi Game Launcher untuk memudahkan pengguna untuk akses kesemua game yang telah dipasang dalam telefon pintar.

Aplikasi Game Launcher membenarkan pengalaman gaming menepati citarasa tersendiri seperti membisukan bunyi game sebelum game dibuka, mengubahsuaikan tetapan game untuk memoptimasikan prestasi dan menjimatkan bateri serta kuasa telefon pintar.

Antara tetapan yang ada dalam menu Game Tools yang boleh akses semasa permainan adalah pilihan untuk tidak menerima panggilan dan notifikasi semasa bermain, mengambil screenshot game, merakam gameplay dan menghidupkan mod Dolby Atmos for Gaming.

Jika korang mahu mencuba game berlainan, Game Launcher boleh padankan dan memberi cadangan berdasarkan corak penggunaan pemain seperti melihat populariti game dalam kalangan pengguna Galaxy dan berapa banyak masa diluangkan oleh pemain.

Sumber: Samsung

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+