5 Sebab Kenapa Soloz Streamer Paling Popular Di Malaysia

Mula-mula penulis sendiri rasa tak sangka kita akan mempunyai personaliti e-sukan yang boleh menyaingi populariti artis tanah air.

Tapi hari ini, kita mempunyai Faris Zakaria, 26 tahun atau ‘Maharaja Soloz’ yang sekarang mencipta fenomena tersendiri sebagai atlet e-sukan dan juga streamer Facebook Gaming. 

Ini dia lima sebab yang penulis rasa dia layak digelar streamer paling popular di Malaysia!

 

1. Humble, beli Mustang pakai selipar je!

Kita semua kenal Soloz sebagai seorang yang sangat rendah diri dan tidak bermegah dengan apa yang dia ada. Penulis pun banyak kali berbual dengan Soloz dan dia seorang yang baik hati dan soft-spoken.

Baru-baru ini, streamer tanah air ini baru saja membeli kereta Mustang terbaru dengan memakai selipar sambil bayar secara tunai. Fuhh!

Dalam satu video bersama DaddyHood, mereka berjalan meninjau kereta baru untuk dibeli. Daddy juga menegaskan kalau nak berjaya niat kena betul dan berusaha keras.

Dengan pendapatan sebagai penghibur penstriman langsung di bawah program Facebook Gaming Creator, Soloz membuktikan kerjaya ini bukanlah sia-sia dan ia bukan sekadar bermain game. Mereka perlu berinteraksi bersama peminat sepanjang strim berlangsung.

 

2. Suka buat strim amal

Ramai yang menyukai Soloz kerana dia memanfaatkan popularitinya untuk membantu golongan memerlukan. Siapa yang mengenalinya akan tahu Soloz kerap juga melakukan penstriman amal menerusi Facebook Page yang mana dia akan mengumpulkan dana melalui sumbangan berbentuk Facebook stars.

Salah satu charity stream oleh Soloz (Team Bosskurr) ialah bantuan kepada adik Muhammad Awal Nedim yang menghidapi penyakit salur darah tersumbat. Melalui strim itu, Soloz berjaya mengumpulkan sebanyak 861,427 bintang bersamaan RM35,900.

Sekarang, Team Bosskurr juga ada menganjurkan Bosskurr Cup (Piala Amal) yang mengumpulkan RM15,000, melibatkan pasukan-pasukan internal dan juga pasukan jemputan bertanding secara dalam talian. Sumbangan prizepool itu akan didermakan kepada badan kebajikan yang memerlukan.

 

3. Bermula dengan MyA, kini Bosskurr

Mobile Legends: Bang Bang dilancarkan sejak 2016 dan Soloz antara pemain terawal bagi permainan itu. Dia bersama ahli pasukan Mysterious Assassin (MyA) iaitu King. Zyzz, Sh4dow, 2ez4jepv beraksi bersama sejak 2016 lagi sebelum menyertai AirAsia Saiyan pada 2018.

Menurut laporan Astro Awani, Soloz pernah meraih tiga pencapaian antaranya MPL 2018, Juara Battleground dan Naib Johan Piala MVP ketika bersama MyA.

Sepanjang bersama AirAsia Saiyan, Soloz juga pernah memenangi kejohanan Gegaria Fest Putrajaya menentang MyA yang mana mereka bawa pulang RM5,000.

Tapi ternyata, kemuncak kariernya apabila bersama Bosskurr selepas memenangi Todak Fest. Dalam perlawanan best of 1 tersebut, mereka berjaya memenangi RM50,000 selepas menang ke atas MyA. Bersama Bosskurr juga, populariti Soloz tetap meningkat walaupun tidak lagi bersama AirAsia Saiyan malah lebih ramai lagi memberi sokongan kepada setiap ahli ini selepas mereka keluar.

Soloz dikira OG ataupun pemula bagi tumpuan kepada arena kompetitif Mobile Legends di Malaysia.

 

4. Menang anugerah pencipta kandungan dengan tontonan tertinggi

Selain mempunyai pengalaman di kejohanan-kejohanan besar seperti MPL, Soloz juga baru-baru ini memenangi anugerah Pencipta Kandungan Dengan Tontonan Tertinggi dari Facebook Gaming.

Anugerah itu diterima daripada Facebook Gaming sempena Facebook Creator Summit di Manila, Filipina yang mengumpulkan lebih 100 pencipta kandungan (content creator) daripada rantau Asia Tenggara yang berkumpul untuk sesi suai kenal, mengadakan aktiviti bersama-sama dan macam-macam lagi pengisian.

Ketika itu dia mempunyai jumlah pengikut seramai 400,000 yang mengikuti perkembangannya dan menerima lebih 200,000 likes. Soloz kerap stream Mobile Legends dan ada antara videonya mencecah 700,000 jumlah tontonan.

Soloz juga mempunyai kira-kira 15 ribu peminat yang menonton secara langsung pada satu-satu video.

Di Youtube Soloz Club, terdapat 263 video dan 465,000 subscribers. 

Yang bestnya, dia sering menghiburkan penonton dengan lawak jenaka dan suka berbual jadi peminatnya tak rasa bosan menonton livestream setiap hari.

 

5. Mesra peminat, tidak sombong

Salah satu kelebihan Soloz sebagai seorang ‘selebriti’ dalam dunia gaming ialah sifat mesra dia terhadap peminat dan senang didampingi. 

Kebanyakan masa penulis terlihat Soloz di pertandingan, pasti dia akan mengambil masa untuk menangkap gambar swafoto bersama peminat. Biarpun baru saja kalah atau tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya, Soloz tetap bersama peminatnya yang sebenarnya ada datang dari jauh semata untuk bertemu dengannya.

Peminatnya juga kini boleh mendapatkan merchandise seperti hoodie, jersey dan topi di Instagram @soloz_merchandise.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+