Guerrilla Collective yang sepatutnya berlangsung dari 6 Jun sehingga 8 Jun 2020 kini telah ditangguh."> Guerrilla Collective yang sepatutnya berlangsung dari 6 Jun sehingga 8 Jun 2020 kini telah ditangguh." /> Guerrilla Collective yang sepatutnya berlangsung dari 6 Jun sehingga 8 Jun 2020 kini telah ditangguh." />

Acara Guerrilla Collective ditangguh ke 13 Jun 2020

Acara pembentangan permainan video dalam talian Guerrilla Collective yang sepatutnya berlangsung dari 6 Jun sehingga 8 Jun 2020 kini telah ditangguh.

Menurut kenyataan daripada akaun Twitter rasmi Guerrilla Collective, penangguhan ini dibuat sebagai tanda sokongan terhadap gerakan Black Lives Matter. Acara tersebut telah dijadualkan semula untuk berlangsung dari 13 Jun sehingga 15 Jun 2020.

Penganjurnya, The Media Indie Exchange, juga sedang menyediakan sebuah livestream khas untuk memberi fokus kepada permainan video yang melibatkan pembangun dan watak-watak berkulit gelap. Ia akan disiarkan pada 7 Jun 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini dan juga senarai syarikat permainan video yang terlibat, anda boleh melayari laman web rasmi Guerrilla Collective.

RELATED NEWS

+