Acara Level Up Play-One akan berlangsung pada 13 & 14 Jun 2020, pendaftaran adalah percuma

Level Up KL merupakan acara permainan video tahunan yang dianjurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Pembangun dan penerbit permainan video tanah air dan dari seluruh dunia hadir di acara tersebut untuk mempertunjukkan projek terbaru mereka.

Untuk tahun ini, Level Up KL tidak diadakan secara fizikal akibat pandemik COVID-19. Oleh itu, MDEC akan menganjurkan sebuah acara dalam talian iaitu Level Up Play-One. Ia akan berlangsung pada 13 dan 14 Jun 2020.

Acara ini akan mempunyai pelbagai pembentangan, sesi perkongsian, dan pertunjukkan permainan video daripada pembangun dan penerbit tempatan. Kejohanan e-sukan dan cabutan bertuah juga termasuk dalam acara Level Up Play-One.

Pastikan anda tidak terlepas mendaftarkan diri dan menyertai acara menyeronokkan ini. Untuk maklumat lanjut dan mendaftarkan diri anda, sila layari lawan web rasmi Level Up KL.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+