Acara ulang tahun 2020 Overwatch kini telah bermula

Sudah empat tahun berlalu sejak pelancaran Overwatch dan tidak lama lagi Blizzard bakal menyambut ulang tahun ke-empat judul tersebut. Sebuah acara ulang tahun akan diadakan untuk memeriahkan lagi suasana permainan Overwatch.

Acara ulang tahun 2020 Overwatch berlangsung dari 19 Mei sehingga 9 Jun 2020. Banyak skin baharu untuk watak-watak Overwatch telah dikeluarkan dan acara-acara bermusim seperti perlawanan bebola salji dan Lucioball juga akan kembali.

Pemain juga boleh melakukan cabaran mingguan untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran menarik seperti barangan aestetik baharu. Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, anda boleh rujuk laman web rasmi Overwatch.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+