Acer Mengeluarkan Monitor Gaming HD Penuh, 165Hz Bernilai RM699

Ramai menganggap PC gaming sebagai hobi golongan bangsawan kerana kebanyakan komponen komputer sangat mahal tetapi sebenarnya terdapat banyak pilihan bajet rendah.

Antara produk terbaru daripada Acer ialah monitor Acer Nitro XV240YP. Ia bersaiz 24 inci dan mempunyai paparan beresolusi HD penuh (1920×1080) serta kadar segar semula (refresh rate) 165Hz overclocked.

Perkara yang menarik tentang monitor ini ialah ia berharga RM699. Untuk sebuah monitor dengan kadar segar semula yang tinggi dan menggunakan paparan in-plane switching (IPS), itu harga yang agak berpatutan.

Kalau korang selalunya bermain Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) atau apa-apa game first-person shooter yang memerlukan tindak balas sepantas kilat, ini mungkin monitor yang sempurna.

Untuk kegunaan lain seperti menikmati tontonan filem, video YouTube, dan siri Netflix, monitor ini tetap pilihan yang bagus. Ia mempunyai ciri HDR compatible yang membolehkan paparan HDR10.

Satu lagi ciri hebat monitor ini ialah ia datang dengan kaki (stand) yang boleh dipusing, diputar, dan diubah ketinggiannya. Senang cakap ia juga boleh dijadikan monitor kedua yang berdiri secara tegak (vertical).

Terdapat juga versi bersaiz 27 inci yang bernama Nitro XV270P. Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan adiknya yang bersaiz 24 inci, cuma bezanya ia berharga RM899.

Acer juga mengeluarkan beberapa monitor lain yang ditujukan untuk golongan bangsawan sebenar seperti:

  • Acer Nitro XV273X – HD penuh 27 inci dengan kadar segar semula 240Hz – RM1,499
  • Acer Nitro XV340CKP – HD penuh 34 inci dengan kadar segar semula 144Hz – RM1,999
  • Predator XB273UGS – WQHD 27 inci dengan kadar segar semula 165Hz – RM2,199
  • Acer CB342CK – UltraWide QHD 34 inci – RM1,699

Korang dah boleh mula beli setiap monitor secara dalam talian di laman rasmi Acer di Shopee atau di mana-mana premis rasmi Acer.

Untuk mengetahui setiap ciri monitor-monitor yang ditulis di atas, korang boleh rujuk laman web rasmi Acer.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+