Acer Nitro 5 kini boleh dipra-tempah untuk model NVIDIA GeForce GTX 1650

Acer Malaysia mengumumkan model terbaharu bagi Nitro 5 yang akan hadir ke pasaran tak lama lagi.

Melihat kepada reka bentuk, ia mempunyai corak berwarna merah dan menggunakan papan kekunci RGB tapi masih ringan untuk sebuah komputer riba gaming.

Terdapat enam model keseluruhan yang mana ia menggunakan pemprosesan Ryzen 5 5600H, Ryzen 7 5800H dan Ryzen 9 5900HX. Bagi model asas yang menggunakan grafik GTX 1650, ia dilengkapi dengan skrin 15.6 inci FHD IPS dan kadar segar semula 144Hz.

Ia juga dilengkapi oleh DDR4 sebanyak 8GB RAM yang boleh ditambah sehingga 2x 16GB RAM. Persamaan bagi kesemua model ini adalah beratnya iaitu hanya 2.2 kg, sesuai untuk dibawa ke mana saja.

Bagi model menggunakan Ryzen 7 5800H, terdapat tiga pilihan CPU iaitu NVIDIA GeForce RTX 3060, NVIDIA GeForce RTX 3070 dan NVIDIA GeForce RTX3080.

Hanya dua model boleh dipra-tempah bermula hari ini iaitu model CPU AMD Ryzen 5 5600H dan CPU AMD Ryzen 7 5800H dengan GTX 1650. Kedua-duanya dijual bermula dengan harga RM3,699 dan RM4,199.

Anda boleh mula membuat pra-tempah varian GTX bagi produk terbaru Acer Nitro 5 bermula hari ini di Shopee dengan diskaun RM100 dan di estor Acer, Lazada pada 15 April.

Setiap pra-tempah juga akan berserta hadiah percuma.

Bagi varian AMD Ryzen 7 dengan RTX 3060 pula, pra tempah bermula pada 27 hingga 29 April dengan harga RM4,899.

Tiga varian berkuasa tinggi iaitu dua AMD Ryzen 7 dengan RTX 3070 dan AMD Ryzen 9 dengan GTX 3080 pula pada 10-12 Mei ini.

Bagi monitor gaming siri Nitro QG1 pula, ia hadir dengan resolusi HD penuh dan AMD FreeSync.

Ia juga mempunyai kadar segar semula 165Hz, sesuai untuk permainan video yang memerlukan kelancaran tinggi. Ia juga ada sokongan HDR10 dan teknologi BlueLightShield untuk mengurangkan masalah mata letih.

Anda boleh pra-tempah dengan harga diskaun rm699 (harga asal RM749) bermula hari ini hingga 16 April sahaja di laman e-dagang Shopee.

RELATED NEWS

+