Alliance umumkan pasukan Wild Rift, terdiri daripada pemain Singapura

Organisasi e-sukan bertapak di Sweden, Alliance mengumumkan pasukan baharu League of Legends: Wild Rift. Menariknya, ia diwakili oleh pemain-pemain di Singapura. 

Ini menunjukkan Alliance berminat untuk melebarkan sayap di Asia Tenggara.

Semestinya, pemain yang diambil bukan sembarangan.  Mereka berpengalaman. Shinsekai, Raven dan Rich meraih lebih tujuh kejuaraan di League of Legends PC. Kryonics yang bermain untuk Singapore Sentinels sebelum ini memenangi beberapa kejohanan. CwJ, seorang veteran dan Glaceox yang pernah melatih pasukan OFFSET Esports dari Portugis pernah beberapa kali podium.

Jb pula mempunyai lebih 15 tahun pengalaman sebagai pemain kompetitif. Alliance nampaknya mempunyai keyakinan tinggi dengan pemain-pemain ini.

Alliance Wild Rift diwakili oleh:

  • Alex “SSK” Tan (kapten).
  • Kenneth “Raven” Goh
  • Chua “CwJ” Wee Kiat
  • Hoong “Kryonics” Fan Kai
  • Warich “Rich” Kittiwattanawong
  • John “Glaceox” Lim (Jurulatih)
  • Teo “Jaybee7” Jie Bin (Pengurus Besar)

 

RELATED NEWS

+