Alter Ego kekalkan roster untuk MPL Indonesia musim ketujuh

Pasukan Alter Ego yang pernah memenangi kejohanan jemputan Mobile Legends (MPLI) dan tempat kedua di MPL Indonesia musim keenam membuat keputusan untuk mengekalkan ahli sedia ada bagi menghadapi MPL ID musim ketujuh tak lama lagi.

Dalam satu pengumuman di Instagram, Alter Ego Esports mengumumkan lineup tersebut.

Mereka terdiri daripada Celiboy, Ahmad, Murphy, Udil, Caesius, Pai dan Yam.

Prestasi Alter Ego boleh dikatakan tidak kurang hebatnya apabila berjaya melayakkan diri ke kejohanan dunia, M2 sebelum tewas di tangan Filipina, Bren Esports.

Ramai yang mengatakan ketiadaan Ahmad memberi kesan kepada sinergi dan prestasi keseluruhan, jadi kita akan nampak bagaimana beliau membantu Alter Ego di MPL ID musim ketujuh pula nanti.

MPL Indonesia musim ketujuh mengumpulkan lapan pasukan bertarung bermula 26 Februari ini dalam format liga, dan kemudian playoff.

RELATED NEWS

+