Among Us: 4 cara nak lagi seronok main dengan kawan

Permainan mudah alih Among Us bukan saja sohor kini tapi memberikan pemain banyak masa untuk berinteraksi dengan rakan-rakan.

Buat anda gamer yang bekerja ataupun masih belajar, banyak cara untuk buat sesi permainan Among Us jadi lebih seronok!

Jom baca empat cara ini dan cuba dengan kawan-kawan!

 

1. Buat satu challenge 

Main Among Us beramai-ramai memang seronok tapi lagi menarik kalau anda letakkan cabaran apabila bermain permainan tersebut. 

Sebagai contoh, sesiapa yang paling lama bertahan sebagai Impostor akan menerima hadiah seperti ‘dibelanja makan’ ataupun anda berpakat bersama kawan-kawan untuk beli banyak coklat dan siapa yang menang boleh ambil coklat tersebut.

Bagi yang selalu mati awal, mungkin anda boleh kenakan penalti seperti makan makanan pedas dan sebagainya. Cabaran ini lebih seronok jika diadakan dalam bentuk video.

 

2. Ubah tetapan jadi lebih susah

Memang tak mencabar kalau Impostor terus kena eject tak sampai dua minit. Mesti membosankan betul?

Sebagai hos, anda boleh ubah tetapan dalam Among Us seperti menambah jumlah tugasan perlu disiapkan. Ataupun nak lebih ekstrim, percepatkan cooldown untuk bunuh bagi Impostor. Ini membolehkan Impostor mendapat kelebihan jadi lebih mencabar buat crewmates untuk atur strategi. 

Penulis biasanya akan membuatkan pergerakan normal, mengubah cooldown kills, menambah vision Impostor dan mempercepatkan proses mengundi jadi permainan itu rasa lebih mencabar dan cepat.

 

3. Gunakan Discord

Kalau main dengan kawan-kawan, jangan lupa guna Discord!

Disebabkan Among Us tak ada ciri voice chat, jadi Discord adalah aplikasi sesuai untuk anda berkomunikasi dengan rakan-rakan. Aplikasi ini membolehkan anda bermain dengan kawan-kawan secara rentas platform ataupun jika dia berada di lokasi jauh daripada anda.

Melalui Discord juga, segala komunikasi akan jadi lebih seronok dan kelakar sebab anda boleh salahkan sesiapa saja tanpa rasa bersalah.

 

4. Buat peraturan sendiri 

Disebabkan anda main dengan kawan-kawan yang rapat, cuba buat peraturan sendiri dengan tetapan yang ada dalam Among Us.

Sebagai contoh, anda boleh setkan vision Impostor di tahap paling rendah dan crewmates pula maksimum. Ini dipanggil mod hide and seek.

Apabila permainan dimulakan, Impostor kena dedahkan diri dan kira sampai 10. Kemudian, Impostor perlu cari semua orang dan bunuh.

Tak perlu laporkan mayat dan hanya siapkan tugasan masing-masing untuk menang. 

—–

Walaupun Among Us best, tapi pastinya anda akan mengalami masalah yang biasa. Contohnya, sambungan Internet yang perlahan. Sebab asyik disconnected, habis kacau mood nak main! Apa korang boleh buat?

 

Prepaid tanpa had

Biar betul! Semua game, strim & muzik cuma serendah RM12. Jangan kata kitorang tak payung. Ini barulah Prepaid Tanpa Had.

Lepas ni, boleh lah main Among Us puas puas tanpa gangguan sambungan Internet! Hanya melalui rangkaian terluas Celcom. 

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.celcom.com.my/personal/prepaid/truly-unlimited

RELATED NEWS

+