Among Us: Discord catat rekod 800 ribu muat turun setiap hari

Siapa sangka populariti Among Us boleh membuatkan aplikasi perhubungan antara gamers menjadi begitu popular.

Tak lama dulu, Among Us mencatatkan 650% kenaikan dalam jumlah tontonan di Twitch (kerana begitu popular, pembangun, InnerSloth juga membatalkan sekuel kerana ingin fokus pada permainan asal).

Artikel berkaitan: Among Us 2 dibatalkan

Kali ini, Among Us membantu Discord mencatatkan rekod baru dengan 800 ribu jumlah muat turun setiap hari. 

Difahamkan, Among Us mempunyai kaitan dengan Discord kerana fungsi aplikasi itu adalah voice chat. Dalam Among Us, fungsi ini tak disertakan.

Ditambah lagi dengan fungsi rentas platform, pemain di PC dan peranti pintar menggunakan Discord untuk berhubung.

Sumber rujukan: TheVerge

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+