Among Us: kemaskini terbaru – undi rahsia, tiada taskbar dan banyak lagi!

Kita sedia maklum Among Us adalah permainan yang sering dimainkan ketika ini. Sekuelnya sudah pun dibatalkan dan pembangun, Innersloth mengatakan kemaskini terbaharu pada versi asal ini dijangka hadir pada akhir Oktober.

Tiga perubahan utama kemaskini dalam versi beta di Among US (PC) adalah:

Undian yang ‘anonymous’ – Ini bermaksud anda mengundi tanpa identiti (nama) diketahui. Jika anda menggunakan tetapan ini, permainan akan menyorokkan segala maklumat siapa yang undi siapa. Sebaliknya, ia hanya akan menunjukkan berapa undian yang diperoleh.

Ini bermaksud pemain tidak lagi mengetahui siapa yang ‘mengkhianati’ mereka.

Tiada ‘taskbar’ – Fungsi kedua ini adalah bagus. Sekiranya anda menggunakan tetapan ini, taskbar akan dihilangkan dari pandangan. Terdapat dua jenis tetapan, di dalam meeting ataupun hilangkan terus. Ia hanya akan muncul dalam meeting apabila anda memilih tetapan pertama. Yang kedua, ia akan dihilangkan sepenuhnya.

Sokongan colorblind – Ia sudah diumumkan beberapa minggu lalu dan berguna untuk mereka yang menghadapi masalah ‘buta warna’. Selain itu, tugasan menyambungkan wayar mempunyai warna yang unik sesuai untuk pemain buta warna menyelesaikannya.

Selain itu terdapat ura-ura yang Among Us akan menambahkan peta custom namun ia mungkin takkan hadir dalam kemaskini kali ini.

Pastinya kemaskini ini akan membantu permainan ini menjadi lebih sukar kerana pertama, tiada maklumat siapa undi siapa dan kehilangan taskbar bermakna anda tidak boleh melihat perkembangan tugasan setiap crewmates. Ini juga membuatkan Impostor sukar ‘kantoi’ kerana tiada taskbar.

Versi beta ini hanya tersedia untuk pemain di PC dan bagi pengguna peranti pintar, anda hanya perlu tunggu kemaskini ini keluar sahaja.

Sumber rujukan: TheSportsRush

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+