Among Us mencatatkan 400,000 pemain serentak, melepasi PUBG di Steam

Among Us adalah permainan yang menguji kepercayaan setiap pemain kerana tiada siapa boleh dipercayai dalam permainan ini.

Konsep yang mudah namun efektif itu berjaya menarik hampir 400,000 pemain serentak di Steam minggu lalu, melepasi rekod dipegang PUBG. Walaupun dilancarkan dua tahun lalu, Among Us hanya menjadi popular sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan ramai streamers memainkannya.

Malah, dengan wabak COVID-19 yang memaksa ramai gamers berada di rumah, sekali gus melonjakkan lagi populariti permainan ini.

Among Us kini di belakang CS:GO dan Dota 2 yang sudah pun mempunyai komuniti besar selama beberapa tahun.

Ini belum lagi termasuk jumlah pemain di platform lain seperti iOS dan juga Android yang mana permainan tersebut ditawarkan secara percuma dan boleh dimainkan rentas platform.

Walaupun tidak perlu dibayar di platform mudah alih, Among Us menyertakan iklan pendek dan pilihan untuk membuangnya secara terus dengan harga RM7.90. Bagi pembelian dalam permainan, pemain boleh membeli haiwan peliharaan dengan harga lebih RM10.

Sumber rujukan: ScreenRant

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+