Amoux tak diberi tawaran melanjutkan kontrak bersama Bigetron Alpha

Sebelum ini kami laporkan yang Ketua Jurulatih Bigetron, Ariff “Amoux” Iswandi meninggalkan organisasi tersebut.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Bigetron Esports (@bigetronesports)

Menerusi satu laporan baru ONE Esports, mengatakan yang hal ini berlaku kerana Amoux ditawarkan dengan peranan lain tapi menolaknya.

“Kami tewas awal pada MPLI dan ditambah lagi dengan kontrak habis. Saya diberi peluang untuk mengisi posisi lain dan saya menolak,” katanya.

Amoux kemudiannya mengatakan yang kontrak bersama Bigetron hanyalah enam bulan dan beliau akan berada di Indonesia selama beberapa ketika untuk menunggu tawaran baru.

Beliau akan buat keputusan sama ada untuk kembali ke Singapura atau Malaysia pada hujung minggu ini.

Sementara itu, pasukan Team Bosskurr baru sahaja kehilangan jurulatih mereka, Hangus. Ada juga kemungkinan jika Amoux akan pertimbangkan jadi jurulatih.

Namun, peluang ini agak tipis kerana sebelum ini Amoux mengatakan beliau ingin menimba pengalaman baru dalam arena profesional Mobile Legends di Indonesia.

Sumber rujukan: ONE Esports

RELATED NEWS

+