Ana kembali bersama OG

Kuala Lumpur: Juara dunia Dota 2, Anathan “Ana” Pham mengumumkan kedatangan kembali Ana ke pasukan OG.

OG sebelum ini pernah memenangi The International dua kali berturut-turut dan keputusan untuk rekrut balik Ana ini ada kaitan dengan prestasi mereka baru-baru ini, mendapat tempat kelima di liga Eropah lalu gagal meraih tiket ke Major.

Kehilangan Ana yang mengambil keputusan untuk rehat menyebabkan OG tidak berjaya untuk menang mana-mana pertandingan atau layak ke Major. Oleh itu, penambahan ini adalah perlu untuk kembalikan momentum OG.

Berita ini diumumkan beberapa minggu selepas MidOne (kini bersama Team SMG) tidak lagi bersama OG. Mereka mengatakan tidak ada keserasian dari segi corak permainan bersama pemain kelahiran Malaysia tersebut.

Ini adalah barisan pemain bagi OG Dota 2 untuk DPC musim kedua:

  • Anathan “ana-” Pham
  • Topias Miikka “Topson” Taavitsainen
  • Sébastien “Ceb” Debs
  • Johan “N0tail” Sundstein
  • Martin “Saksa” Sazdov

OG kembali berlawan di peringkat upper division untuk DPC 2021 bermula hari ini.

TAGS

RELATED NEWS

+