Angel Bosskurr Ditubuhkan, Sasar Perkasakan Bakat Wanita Dalam E-Sukan

Organisasi e-sukan terkenal negara, Bosskurr Gaming mengumumkan barisan baru yang menumpukan kepada bakat wanita tempatan iaitu Angel Bosskurr. 

Melihat kepada posting di Facebook dan nama-nama yang diumumkan, Angel Bosskurr mempunyai dua divisi iaitu pempengaruh (influencer) dan pemain kompetitif. Ini adalah lineup penuh bagi barisan baru ini:

Pempengaruh (Influencer)

  • Angel Mija
  • Angel Sharina
  • Angel Fiera
  • Angel Susan

Pemain kompetitif (PUBG Mobile)

  • Angel Queen
  • Angel Reen
  • Angel Missfarr
  • Angel Baybee

Buat setakat ini, Angel Bosskurr pastinya akan mencari rentak dan keserasian untuk bermain dalam arena kompetitif (bertanding dalam kejohanan PUBG Mobile khas untuk wanita saja atau terbuka) manakala bagi pempengaruh, mereka pastinya akan menunjukkan bakat dalam pelbagai bidang seperti penyiaran, hos, penstriman dan sebagainya.

Untuk mengenali bakat-bakat ini dengan lebih mendalam, boleh ke:

Facebook rasmi mereka: Angel Bosskurr

Instagram: LINK

Youtube: LINK

Twitter: LINK

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+