Angsa Dari Untitled Goose Game Menyerang Resident Evil 2

Apa yang lagi menakutkan daripada Mr. X?

Seorang modder bernama Alister melepaskan angsa yang popular dari Untitled Goose Game masuk ke dalam Resident Evil 2. 

Penampilan Mr. X bertukar jadi angsa gergasi iaitu hasil daripada modding. Modding ini berfungsi untuk mengubahsuai sesuatu bahagian dalam game dan selalunya dibuat untuk platform PC. Walaupun mod ini masih lagi belum siap, ia sudah menarik ramai perhatian pemain.

Alister juga memberitahu angsa ini akan memakai topi fedora sinonim dengan penampilan Mr. X.

Selain angsa menguek, ada juga mod yang menukarkan Mr. X sebagai Thomas The Tank Engine

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+