Apa yang jadi Alter Ego? EVOS Legends kini di kedudukan pertama

Tiada siapa menyangkakan pasukan yang mendominasi pada awal liga kini yang paling kerap menerima lose-streak. Itulah yang terjadi pada Alter Ego di MPL Indonesia musim ketujuh.

Alter Ego memulakan musim liga dengan rekod tanpa kalah untuk beberapa minggu namun langit bukan selalu cerah.

Mereka kini menerima kekalahan berturut-turut sampaikan kini berada di kedudukan kelima, di belakang Bigetron Esports.

Melihat kepada ratio menang-kalah, mereka mencatatkan 14-12.

Mereka mempunyai baki dua lagi perlawanan untuk menghabiskan minggu ketujuh esok. Peluang mereka untuk layak ke playoff masih cerah namun, mereka tidak boleh terus berasa selesa kerana pastinya mental pemain juga sedang diuji sekarang ini.

RELATED NEWS

+