EA Play Live June 2020, Respawn Entertainment mengumumkan bahawa Apex Legends akan dilancarkan di Steam dan juga Nintendo Switch. Tarikh pelancaran versi Steam kini telah didedahkan."> EA Play Live June 2020, Respawn Entertainment mengumumkan bahawa Apex Legends akan dilancarkan di Steam dan juga Nintendo Switch. Tarikh pelancaran versi Steam kini telah didedahkan." /> EA Play Live June 2020, Respawn Entertainment mengumumkan bahawa Apex Legends akan dilancarkan di Steam dan juga Nintendo Switch. Tarikh pelancaran versi Steam kini telah didedahkan." />

Apex Legends akan tiba di Steam pada 5 November

Di pembentangan EA Play Live June 2020, Respawn Entertainment mengumumkan bahawa Apex Legends akan dilancarkan di Steam dan juga Nintendo Switch. Tarikh pelancaran versi Steam kini telah didedahkan.

Apex Legends akan dilancarkan di Steam pada 5 November ini. Ia tetap boleh dimain secara percuma tetapi seperti kebanyakan permainan PC terbitan Electronic Arts yang telah dibawa ke Steam dari Origin, anda masih perlu menggunakan Origin untuk main Apex Legends.

Tarikh pelancaran tersebut jatuh pada hari yang sama dengan permulaan Musim 7 Apex Legends. Para pemain yang mengakses Apex Legends melalui Steam akan diberikan ganjaran gun charms bertemakan permainan Half-Life dan Portal.

Berkenaan versi Nintendo Switch pula, Respawn Entertainment telah menangguhkan pelancaran versi tersebut kerana mereka memerlukan lebih banyak masa untuk pastikan versi tersebut dibangunkan dengan baik.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman Steam Apex Legends.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+