Arms Percuma Untuk Ahli Nintendo Switch Online Sehingga 6 April 2020

Bermula dari 26 Mac sehingga 6 April 2020, permainan video penuh Arms boleh dicuba secara percuma oleh pemilik Nintendo Switch. Walaubagaimanapun, tawaran ini hanya terbuka kepada ahli Nintendo Switch Online.

Arms dilancarkan pada tahun 2017 secara eksklusif untuk konsol Nintendo Switch. Ia merupakan sebuah permainan video perlawanan di mana anda mengawal watak-watak yang mampu memanjangkan tangan mereka ibarat mempunyai spring.

Selain daripada percubaan percuma ini, Nintendo juga mengumumkan bahawa seorang watak dari Arms akan dimasukkan ke Super Smash Bros. Ultimate. Pada waktu ini, waktu tersebut masih belum didedahkan dan akan diumumkan pada bulan Jun 2020.

Pada pendapat penulis, ini mungkin merupakan petanda bahawa sebuah sekuel untuk Arms sedang dibangunkan dan akan diumumkan tidak lama lagi. Kita tunggu dan lihat.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+