Artifact – Game Kad Yang Akan Perkenalkan Hero Baru Dalam Dota 2!

Hearthstone dah ada, kali ni kita layan game kad dari Valve pulak!

Ya, Valve dah mengumumkan maklumat penting mengenai Artifact, game kad Dota 2 yang sebelum ini hanya diumumkan seimbas lalu ketika The International 7. Tapi yang paling mengejutkan ialah, Presiden Valve, Gabe Newell awal-awal bagi hint, ia bukan percuma!

Newell juga mengesahkan Artifact bukannya game kad Dota 2 tapi sebuah game yang menggunakan Dota sebagai platform kerana kesesuaian. Beliau terus menambah, Artifact akan mencipta lebih banyak kandungan untuk Dota 2, termasuklah HERO BARU yang akan muncul dalam Dota.

Seperti juga Dota 2, Artifact tiada kempen single-player tapi fokus kepada perlawanan ke atas pemain sebenar. Artifact sekarang berada dalam beta tertutup dan hanya boleh dimainkan oleh rakan industri dan golongan profesional. 

Tak lama selepas tarikh pelancarannya diumumkan pada akhir 2018, kejohanan pertama dengan hadiah wang tunai terkumpul USD 1 juta! Ya, 1 juga dah menanti peminat pada fasa pertama 2019. Hmm cepat betul kan? Sebelum korang kecewa kerana ia akan ada di PC je, Valve umumkan keluaran untuk iOS dan Android pada pertengahan tahun 2019 dan akan menjadi game Source 2 pertama di peranti pintar.

Harganya? Masih belum didedahkan. Nantikan!

Sumber: IGN

TAGS

RELATED NEWS

+