Awesome Games Done Quick 2021 mengutip derma sebanyak RM10 juta

Acara speedrunning Awesome Games Done Quick (AGDQ) 2021 telah berkahir pada pagi ini dan pendermaan sebanyak AS$2.7 juta (RM10.9 juta) berjaya dikumpul untuk Prevent Cancer Foundation. Jumlah tersebut dikutip dalam tempoh seminggu dan dikutip daripada lebih daripada 25,000 penderma.

Speedrunning ialah satu aktiviti di mana pemain harus menghabiskan permainan video secepat mungkin. Terdapat kategori-kategori berbeza mengikut permainan tertentu seperti “Any%” yang bermaksud pemain boleh menghabiskan permainan dengan apa cara sekalipun termasuk mengeksploitasi masalah teknikal.

AGDQ diadakan secara tahunan dan disertai oleh speedrunner dari seluruh dunia secara sukarela. Pandemik COVID-19 menyebabkan acara tahun ini diadakan secara dalam talian. Prevent Cancer Foudation, pertubuhan pencegahan barah yang berpusat di A.S., dipilih sebagai penerima manfaat AGDQ tahun ini.

Speedrunners menghabiskan pelbagai permainan menarik di AGDQ 2021 termasuk Hades, Mortal Shell, dan banyak lagi. Anda boleh menonton semua rakaman speedrun AGDQ 2021 di laman YouTube rasmi Games Done Quick.

Sumber: Games Done Quick

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+