PC dan Nintendo Switch pada musim panas tahun ini dan kini satu lagi versi konsol diumumkan."> PC dan Nintendo Switch pada musim panas tahun ini dan kini satu lagi versi konsol diumumkan." /> PC dan Nintendo Switch pada musim panas tahun ini dan kini satu lagi versi konsol diumumkan." />

Bake ‘n Switch untuk PS4 diumumkan, tiada tarikh pelancaran diberikan

Selain daripada No Straight Roads, satu lagi permainan video buatan studio Malaysia yang dinanti-nantikan ialah Bake ‘n Switch oleh Streamline Games. Ia akan tiba di PC dan Nintendo Switch pada musim panas tahun ini dan kini satu lagi versi konsol diumumkan.

Bake ‘n Switch versi PlayStation 4 (PS4) baru-baru ini diumumkan oleh Streamline Games. Nampaknya ia merupakan versi yang sama dengan versi PC dan Nintendo Switch.

Secara ringkasnya, Bake ‘n Switch ialah sebuah permainan video parti yang memberikan fokus terhadap permainan multi-pemain sama ada secara bersaingan atau kerjasama. Tema judul ini ialah masakan pastri.

Malangnya, tiada tarikh pelancaran diberikan untuk versi PS4. Penulis berharap ia akan dilancarkan pada tarikh yang sama dengan versi PC dan Nintendo Switch.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+