Battlefield 5 Beta Di PC Akan Mempunyai Filter Untuk Kata-Kata Kesat, Berunsur Perkauman

Siapa suka carutan dan toxic words  dalam game. Betul?

DICE cuba mengelakkan situasi ini dengan memperkenalkan tapisan untuk perkataan yang berunsur rasis, carutan dan kata-kata kesat bagi permainan terbaru mereka, Battlefield V yang akan hadir ke PC. Bagi pengguna konsol, mereka harus melaporkan penyalahgunaan chat ini ke PlayStation Network atau Xbox Live.

Walaupun ada yang bersetuju dengan sistem ini (lihat twit di bawah), ada juga yang kurang bersetuju.

Seperti korang lihat twit di bawah ini, pengguna Twitter ini kurang bersetuju kerana baginya filter ini tak sepatutnya mute kesemua kata-kata kesat sebaliknya hanya perlu mute sesetengah pemain saja.

Mungkin tindakan DICE ini memang berkait rapat dengan isu penampilan wanita dan bukan ‘mat saleh’ untuk karakter yang boleh dimainkan. Ini kerana pendekatan ini adalah berlainan dengan latar Perang Dunia Kedua yang tak mempunyai watak-watak ini.

“Saya rasa mereka (yang akan mengeluarkan kata-kata kesat) tak memahami isu ini. Anda ada dua pilihan; sama ada terima atau jangan beli permainan ini,” kata Patrick Soderlund merangkap Ketua Pegawai Kreatif EA.

Battlefield 5 ditunda pelancarannya sehinga November. Ia pada asalnya dijadualkan pada pertengahan Oktober.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+