Battlerite Adalah Game MOBA Pertama Dengan Mod Battle Royale

Pernah terfikir permainan seperti Dota 2 menggunakan konsep Battle Royale (PUBG)? Ya, ia boleh menjadi kenyataan!

Battlerite, permainan MOBA percuma dilancarkan di PC pada November lepas akhirnya menawarkan mod Battle Royale dengan ciri-ciri yang lebih tertumpu kepada genre MOBA. Mod itu akan hadir pada musim panas ini (Jun hingga September).

Developer, Stunlock Studios mengesahkan 20 pemain akan dihantar ke pulau yang 30 kali lebih besar dari peta standard Battlerite. Mod Battle Royale itu boleh dimainkan secara bebas (free for all) ataupun berpasangan. Dari segi kamera, ia menggunakan sudut sama iaitu pandangan dari atas.

Stunlock mengatakan kemenangan dalam mod itu bergantung kepada kemahiran, map awarenessbuild yang bergantung kepada perlawanan. Permainan akan bertahan selama 10 minit dan pemain akan mula mencari senjata dan loot seperti juga PUBG dan Fortnite.

27 hero ditawarkan termasuk ranged, melee dan support. Kini, lebih 4 juta pemain pernah bermain permainan ini sejak dilancarkan.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+