Beberapa Screenshot Rise of the Tomb Raider Diperlihatkan, Memukau Perhatian Peminat

Shadow of the Tomb Raider kali ini membawa Lara Croft dalam ekspedisi lebih berbahaya! Walaupun pendedahan gameplay belum ditunjukkan lagi sehingga esok, ini adalah beberapa screenshots yang boleh membuatkan korang menantikan apa yang tersedia untuk Lara nanti!

Seperti yang korang lihat dalam shot pertama ni, Lara tak ada masalah melompat ke dalam pertempuran yang mana tembakan dan letupan ada di  mana-mana. Busur tradisionalnya juga kembali dan beliau mampu menjatuhkan beberapa musuh sekali gus dan mungkin dengan teknik panahan berbeza!

1. GRAFIK MEMUKAU

Di gambar kedua, Lara kelihatan memandang jauh ke arah struktur yang pelik yang mungkin menjadi bahagian penting untuk menyelesaikan teka teki.

Screenshot ini menunjukkan Lara cuba survive dalam banjir yang mana beliau berpaut di tiang untuk terus selamat dari apa saja objek yang datang kepadanya. Scene ini mungkin membawa aksi yang lebih hebat untuk Lara lepaskan diri dari banjir ini.

Di sini Lara berpegang pada tali sambil menyaksikan satu kawasan pulau dari jauh yang mungkin dipenuhi musuh berbahaya dan perangkap. Tapi nasib baiknya, beliau adalah wanita yang cekal untuk mengharungi itu semua. Bayangkan betapa cantiknya kalau Crystal Dynamics mula keluarkan permainan video ini dan dimainkan dalam 4K.

2. BAHAYA DI MANA-MANA

Lara seperti meneroka ke dalam struktur yang besar dengan perangkap di mana-mana, menunggu untuk diaktifkan. Lara nampaknya tak ada masalah dikelilingi air dan mempunyai sumber cahaya kalau melalui kawasan gelap.

Sekali lagi kita nampak Lara memandang sesuatu di sudut yang jauh. Adakah ia kem musuh? Ataupun lokasi lebih besar di Mesir yang perlukan penerokaan? Apa pun, beliau pastinya akan mencari misteri di sebaliknya.

Ini adalah satu screenshot yang sangat cantik untuk pulau itu, dari sudut lebih tinggi. Kelihatan Lara akan menghentikan sesiapa saja yang ada di situ ataupun difahamkan sebagai situasi yang mana beliau memikirkan klu untuk perancangan seterusnya. 

3. BERSEDIA UNTUK AKSI SEPTEMBER INI

Lara nampaknya sedang menyorok dari pandangan musuh yang dilengkapi senjata, bersedia bila-bila masa untuk menyerang dengan senjatanya. Persoalannya, cukup pantas ke beliau nak melepasi kaca itu untuk memukul musuh itu ataupun ada jalan lain?

Nampaknya Lara lebih bersedia untuk membantai musuh di sini apabila beliau mempunyai busur dan panah yang tersedia. Adakah penjahat ini mempunyai kaitan dengan musuh dalam Rise of the Tomb Raider atau mereka adalah geng lebih hebat?

Setidaknya akhir sekali kita saksikan Lara mempunyai masa sendiri sepanjang permainan yang mana beliau akan mengembara merentasi bandar dengan imej yang susah dikenali sebelum misi seterusnya dilancarkan. Kita perlu berharap pelancong ini tidak menyaksikan Lara terpaksa melawan musuhnya di tengah kelompok orang awam.

Shadow of the Tomb Raider hadir ke Xbox One, PlayStation 4 dan PC pada 14 September ini.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+