Bekas pemain nombor 1 Malaysia Fanny, JujuSoyaa akhirnya mendedahkan wajah di Youtube

Sempena pencapaian 100 ribu pelanggan (subscribers) di Youtube, pemain Fanny No.1 Malaysia sebelum ini, JujuSoyaa akhirnya tunaikan permintaan peminat untuk menampakkan wajah beliau. 

Sebelum ini, beliau tidak pernah mendedahkan wajah beliau kepada khalayak dan hanya menunjukkan gameplay luar biasa Fanny saja untuk tatapan umum. Sejak itu, beliau diikuti oleh ramai peminat kerana gaya permainan menarik ditunjukkan.

Dalam satu video yang dimuat naik semalam, JujuSoyaa menunjukkan gameplay terbaiknya sebagai Fanny sambil berada di depan webcam. Terdapat juga sedikit komentari dan suara beliau didengarkan dalam video tersebut.

JujuSoyaa kini berada di ranking nombor 10 Malaysia bagi hero Fanny. Sehingga kini, beliau mencatatkan 4,195 perlawanan dengan 68.1% kemenangan. Ia adalah satu rekod cukup membanggakan untuk jumlah perlawanan seperti itu. 

Bagi sesiapa yang ingin mengikuti beliau di dalam Mobile Legends, boleh rujuk pada profil di bawah ini:

Beliau juga sering memuat naik video pendek di Instagram.

RELATED NEWS

+