Bekas Pengurus FrostFire, Andrew Chen Kini Pengurus Besar EVOS MY

Organisasi e-sukan, EVOS Esports kini bertapak di Malaysia dan berkolaborasi bersama Victorious in Play (VIP Squad) bagi membentuk pasukan EVOS VIP. Kali ini, bekas pengurus FrostFire, Andrew Chen pula dilantik sebagai Pengurus Besar EVOS MY.

“Saya teruja dengan posisi baru ini. Bagi saya, ini langkah baik bagi EVOS yang melebarkan sayap ke Malaysia bersama VIP.

“PMPL pun dah bermula dan saya mengharapkan yang terbaik untuk pasukan ini,” kata Andrew kepada MyGameOn.

Sebelum ini, Andrew pernah menjadi Penolong Pengurus di Virtual Genesis sebelum menjadi Pengurus Pasukan sepenuh masa bagi skuad FrostFire sejak April 2018 yang lalu.

Ketika menguruskan pasukan itu, pencapaian mereka kecapi antaranya Juara Piala E-Sukan Taiwan Excellence 2019, tempat ketujuh-kelapan di Zowie Extremesland 2018, ieSF 2018 dan Charleroi Esports 2019.

Hari ini, pasukan EVOS VIP sudah mula berentap dalam PMPL MY/SG 2020. Nak tahu info lanjut tentang liga tersebut? Anda boleh klik SINI.

RELATED NEWS

+