Bengkel e-sukan GenbijakEsports tarik lebih 1,400 penyertaan murid sekolah rendah, menengah

Bengkel E-Sukan dianjurkan oleh Kelab Sukan Elektronik Generasibijak (GenbijakEsports) baru baru ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid sekolah menengah dan rendah akan kepentingan kempen ‘healthy gaming’ dan semangat kerja berpasukan.

Sesi dalam talian tersebut dihadiri oleh moderator yang arif lagi  profesional seperti:

  • Pengasas E-Sport MedicA – Dr. Zatul
  • Wakil Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) – Muhammad Farouq
  • Presiden E-Sukan Selangor – En. Razak

Selain itu, penghibur penstriman langsung Facebook Gaming nombor satu Malaysia, Mohd Faris Zakaria (Soloz) juga hadir memberi perkongsian.

Bengkel ini berjaya menarik penyertaan seramai lebih 1,400 murid dari tahun 4 hingga ke tingkatan 5. 

Moderator dijemput berkongsi kemahiran mereka dan mendedahkan murid tentang e-sukan. Antara topik dikupaskan ialah Healthy Gaming, teknik pembahagian masa, karier dalam  e-sukan dan inspirasi bersama idola.

Tidak dilupakan perkongsian dari GenBijakEsports tentang tips dan info menganjurkan program e-sukan di sekolah, PPD mahupun Jabatan.

RELATED NEWS

+