Beta terbuka Call of Duty: Black Ops Cold War bermula pada bulan Oktober

Permainan mod multi-pemain Call of Duty: Black Ops Cold War telah didedahkan dan Activision juga mengumumkan tarikh-tarikh untuk beta terbuka permainan tersebut.

Sama seperti Call of Duty: Modern Warfare yang dilancarkan pada tahun lepas, Activision memberi keutamaan kepada pemain PlayStation 4 (PS4). Hujung minggu pertama beta terbuka hanya boleh dimain di PS4.

Berikut adalah tarikh-tarikh beta terbuka Call of Duty: Black Ops Cold War mengikut platform:

  • 8 – 9 Oktober: PS4 Early Access (untuk pemain yang pra-tempah permainan ini untuk PS4 dan PlayStation 5 (PS5)
  • 10 – 12 Oktober: beta terbuka PS4
  • 15 – 16 Oktober: Xbox & PC Early Access (untuk pemain yang pra-tempah di Xbox dan PC) dan beta terbuka PS4
  • 17 – 19 Oktober: beta terbuka semua platform

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai mod permainan multi-pemain dalam Call of Duty: Black Ops Cold War, anda boleh rujuk laman web rasmi Activision.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+