Beta Tertutup Untuk MOBA Pertama Malaysia, Ejen Ali Agents’ Arena Kini Bermula

Permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) pertama Malaysia, Ejen Ali Agents’ Arena kini sedia dimainkan bagi beberapa pengguna yang mendaftar untuk sesi beta tertutup.

Dalam satu posting di Facebook, beta tertutup itu hanya dibuka kepada pengguna yang mendaftar di laman web rasmi mereka. Walaupun link tersebut masih tersedia di laman web, mungkin anda perlu menunggu sedikit lama jika baru mendaftar hari ini kerana pendaftaran sudah dibuka sejak 24 Janauri lagi.

Bagi anda (pengguna bertuah) yang ingin mula memuat turun permainan mudah alih ini ke peranti pintar, boleh ke LINK ini menggunakan emel Google yang didaftarkan ke Play Store.

Dalam Agents’ Arena, pemain boleh memilih beberapa watak seperti Ali, Alicia dan lain-lain yang terdapat dalam filem. 

Karakter ini mempunyai kemahiran berlainan dan anda boleh menekang dua butang, butang serang dan kuasa besar. Bagi kuasa besar, ia boleh digunakan untuk lakukan serangan bertubi-tubi dan recaj lebih laju apabila dalam mod berlawan.

Pemain harus kerjasama untuk menawan objektif sehingga 100% yang dikira pasukan pemenang. Terdapat tiga objektif di dalam peta untuk ditawan.

Buat masa ini, masih belum ada versi muat turun untuk iOS. Nantikan berita lanjut dari Facebook rasmi mereka.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+