Bethesda Memperlihatkan Gameplay Multi-Pemain Untuk Fallout 76

Satu lagi video Fallout 76 ditunjukkan sempena persidangan Bethesda di E3 2018 tempoh hari.

Pengumuman itu menyaksikan gameplay multi-pemain yang memfokuskan pada penciptaan karakter dengan sistem S.P.E.C.I.A.L  dan bermain bersama yang lain atau berseorangan di beberapa lokasi dalam permainan.

Fallout 76 adalah prekuel kepada siri ini dan empat kali ganda lagi besar dari Fallout 4. Ini bermakna korang boleh letupkan nuklear di beberapa kawasan tanpa diketahui pemain lain.

Sumber: VG247

RELATED NEWS

+