Bethesda umumkan permainan Indiana Jones baharu

Setelah lama menghilang dari arena permainan video, pengembara terkenal Indiana Jones bakal kembali dalam sebuah permainan baharu. Ia sedang dibangunkan oleh Machine Games dan diterbitkan oleh Bethesda.

Pengumuman tentang permainan ini dibuat melalui sebuah video acah yang dikeluarkan oleh Bethesda. Pada waktu ini, tiada maklumat lain didedahkan.

Lucasfilm Games juga terlibat dalam pembangunan permainan ini. Mereka menyatakan permainan ini mempunyai jalan cerita baharu yang tidak direka berdasarkan filem-filem Indiana Jones.

Todd Howard, pengarah The Elder Scrolls V: Skyrim dan Fallout 4, telah dilantik sebagai Penerbit Eksekutif permainan baharu Indiana Jones ini. 

Genre permainan pengembaraan kini dipegang oleh permainan-permainan hebat seperti siri Uncharted dan Tomb Raider. Penulis berharap Indiana Jones mampu menjadi pesaing kepada permainan-permainan ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+