BioWare Bakal Mengacah Sesuatu Untuk Dragon Age 4 Sempena Ulang Tahun Ke-10

BioWare bakal mengumumkan perkara baru untuk Dragon Age 4 melalui acara komuniti pada 4 Disember ini menurut Twitter rasmi mereka.

Acara Dragon 4ge Day ini menyambut ulang tahun ke-10 bagi siri game role-playing game (RPG) Dragon Age yang bermula dengan Dragon Age Origins yang dilancarkan pada tahun 2009. Sekuel, Dragon Age 2 pula dilancarkan pada 2011 manakala game ketiga bertajuk Dragon Age: Inquisition tiba pada tahun 2014.

Walaupun Dragon Age: Inquistion tetap menjadi game BioWare yang paling laris terjual, pembangunan Dragon Age 4 terbaru masih lagi terumbang-ambing dengan macam-macam perubahan seperti apa yang dilaporkan oleh Kotaku. Antaranya adalah Dragon Age 4 yang diberi nama kod Joplin adalah fokus kepada pemain mengetuai pasukan perisik Tevinter dan memberi kebebasan untuk pemain untuk memilih pelbagai jenis cara untuk menjalankan misi melalui babak cutscenes.

Sayang sekali, projek Joplin ditangguhkan demi menyiapkan Mass Effect: Andromeda sekitar tahun 2017. Kemudian, Dragon Age 4 diolah semula untuk jadi servis game langsung seperti Anthem, sebuah game looter shooter yang mana korang tahu tidak berjaya menarik perhatian pemain dan pengkritik sehinggakan BioWare tidak muncul dalam laporan kewangan EA.

Ketika laporan kewangan EA tahun Q2 2020 pada Oktober lepas, seorang pelabur bertanyakan tentang Dragon Age baru. Ketua pegawai kewangan (CFO) EA, Blake Jorgensen hanya mampu membalas, “Dragon Age masih lagi ada. Kami telah umumkan ia sedang dalam pembangunan dan ia mungkin akan keluar sekitar tahun 2022.

Dragon Age 4 pernah diumumkan dengan trailer acah di The Game Awards 2018. Saksikan trailer menampilkan Dread Wolf di bawah:

Sumber: VG24/7

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+