Borderlands 3 Akan Tiba Di Steam Pada Bulan Ini

Siri permainan video Borderlands merupakan pelopor kepada genre looter-shooter. Ia sering diiklankan sebagai permainan video yang mempunyai berjuta-juta senjata api.

Pada 13 Mac 2020, Borderlands 3 akhirnya akan dilancarkan di Steam untuk pemain PC. Sebelum ini, pemain PC hanya boleh membeli Borderlands 3 melalui platform Epic Games Store (EGS).

Bagi mereka yang telah main Borderlands 3 melalui EGS tapi mahu bermain juga dengan kawan-kawan yang membelinya melalui Steam, jangan risau.

Fungsi cross-play yang membenarkan mod multi-pemain secara dalam talian antara pemain Steam dan EGS akan diaktifkan pada hari pelancaran versi Steam.

Kalau anda tak pernah main satu pun permainan video Borderlands, Borderlands 3 tetap judul yang sesuai untuk dicuba. Jalan ceritanya mudah untuk difaham dan sebenarnya tidak perlu dihayati untuk menikmati permainan ini sepenuhnya.

Borderlands 3 merupakan sebuah first-person shooter yang berunsurkan looter-shooter. Anda akan memperoleh beribu-ribu senjata baru dalam pengembaraan anda.

Apa yang membuatkan Borderlands 3 lebih menarik ialah ia mempunyai mod multi-pemain kerjasama (co-op) di mana anda boleh bermain bersama tiga orang pemain lain.

Pada bulan ini, kandungan tambahan kedua untuk Borderlands 3 juga akan dilancarkan pada 26 Mac 2020.

Ia bertajuk Guns, Love, and Tentacles: the Marriage of Wainwright and Hammerlock. Salah seorang watak yang akan muncul dalam kandungan tambahan ini ialah Gaige, salah seorang protagonis Borderlands 2.

Sumber: PC Gamer

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+