Borderlands: The Handsome Collection ditawarkan secara percuma di Epic Games Store

Jualan Epic Mega Sale masih sedang berlangsung di Epic Games Store dan seperti yang dijanjikan, sebuah permainan video percuma akan ditawarkan kepada semua pengguna pada setiap hari Khamis.

Untuk minggu ini, permainan percuma yang diberikan ialah Borderlands: The Handsome Collection. Ia merupakan koleksi yang mengandungi Borderlands 2 dan Borderlands: The Pre-Sequel bersama kandungan tambahan untuk kedua-duanya.

Judul ini boleh dimuat turun sekarang dan akan ditukar dengan tawaran percuma seterusnya pada hari Khamis minggu depan. Permainan percuma yang ditawarkan pada minggu lepas ialah Sid Meier’s Civilization VI.

Sumber: Epic Games Store

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+