Box Art Tertiris – No Man’s Sky Mungkin Bakal Mempunyai Ciri Co-Op

Di Xbox One, No Man’s Sky menunjukkan kotak art baru yang mungkin mengacah ciri co-op yang ditunggu sekian lama!

Dengan ciri eksplorasi yang terlalu luas, pemain memang menunggu lama untuk bermain bersama rakan lain. Bayangkan meneroka galaksi yang penuh dengan planet berlainan, flora dan fauna bersama rakan-rakan lain mesti seronok!

Kotak art itu datang didedahkan oleh pengguna Twitter PeacefulGamer yang berkongsi twitnya seperti di bawah. Kalau korang perhatikan, art itu menunjukkan empat model karakter berlainan di atas planet dan bersedia mengembara. Ini berlainan dari kotak art sebelum ini.

Seiring dengan iklan acah yang ditunjukkan korang boleh tentukan sendiri kalau kotak art tertiris ini adalah benar. Tapi untuk lebih kepastian, korang boleh check episod terbaru Inside Xbox bermula esok untuk perkembangan lanjut No Man’s Sky.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+