BTS masuk Fortnite

Semalam, Fortnite umumkan yang kumpulan KPOP fenomena, BTS akan membuat kemunculan sulung dalam Fortnite. Mereka akan hadir ke Pulau Party Royale.

Pada awal tahun ini, Epic Games memperkenalkan satu kawasan yang tiada unsur keganasan dalam Fortnite iaitu Party Royale. Ia adalah pulau berasingan yang memasukkan elemen hiburan seperti menonton filem dan persembahan muzikal.

Ciri ini membolehkan Epic untuk kolaborasi bersama artis popular seperti Travis Scott dan Marshmello yang menganjurkan konsert berskala besar dalam permainan itu. Sekarang BTS pula akan tunjukkan single terbaru mereka iaitu Dynamite.

Koreografi lagu hit terbaru itu akan ditayangkan pada 25 September ini pada jam 8 pagi waktu Malaysia.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+